Ramai Bingung Farid Kamil Kaitkan Musim Perceraian Dengan Politik & Harga Minyak [Video]
Farid Kamil ketika diminta mengulas mengenai isu rumah tangga bersama Diana Danielle menjelaskan dia adalah satu-satunya individu yang tidak pernah mengambil rasuah dan masih memperjuangkan isu tersebut sejak enam tahun lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bagi peminat industri hiburan tanah air, bulan Oktober lalu sememangnya memberi kejutan.
Ini kerana terlalu banyak berita artis yang dilaporkan berpisah dengan pasangan mereka walhal selama ini mereka dilihat pasangan bahagia.
Selain daripada perpisahan Fattah Amin dan Fazura, berita yang Diana Danielle mahu memfailkan perceraian terhadap Farid Kamil turut mendapat perhatian ramai.
Pelbagai pendapat yang dilontarkan oleh pengguna media sosial lebih-lebih lagi pasangan itu sebelum ini pernah bercerai namun rujuk semula.
Tidak Pernah Minta Wang Daripada Netizen Harungi Hidup Bersama Diana Danielle
Terbaharu, pelakon Farid Kamil mendedahkan dia tidak pernah meminta wang daripada netizen sepanjang tempoh 15 tahun dia hidup bersama isterinya.
Oleh sebab itu, Farid memilih untuk tidak mengambil pusing tanggapan sesetengah pihak tentang kemelut yang berlaku antara dia dan Diana.
“Saya mengharungi rumah tangga saya selama 15 tahun tanpa sesen pun duit netizen. Masalah daripada saya, masalah yang timbul pun apa semua pun, sekupang pun saya tak minta netizen,” katanya.
Farid menjelaskan perkara itu menerusi satu sedutan video temubualnya bersama pihak media yang dikongsikan oleh Astro Gempak.
Tak Pernah Ambil Rasuah
Jelas Farid ketika mengulas mengenai isu rumah tangganya bersama Diana, dia adalah satu-satunya individu yang tidak pernah mengambil rasuah dan masih memperjuangkan isu tersebut sejak enam tahun lalu.
“Dan untuk pengetahuan semua, di kala 2024 ini mana nak cari manusia yang macam Farid Kamil ini. Awak tanya saya, saya seorang manusia yang tak ambil rasuah.
“Saya tak terima rasuah, saya tak ambil rasuah dan enam tahun perjuangan saya tentang rasuah ini, tahun 2024 Perdana Menteri betul-betul sokong, kita lawan rasuah,” katanya.
Percaya Perceraian Ada Kaitan Dengan Politik & Harga Minyak
Pada masa yang sama, pelakon utama filem Remp-it itu percaya bahawa musim perceraian yang berlaku pada ketika ini ada kaitan dengan politik dan harga minyak.
“Di sebalik 2024 ini kan, dah jadi trend orang bercerai-berai. Awak tak rasa ke benda itu ada kaitan dengan politik, kaitan dengan harga minyak. Awak tak perasan ke semua benda itu,” katanya lagi.
Dalam satu video yang dikongsikan oleh Media Hiburan, Farid turut menyebut bahawa perselisihan yang berlaku antara dia dan Diana adalah satu lumrah rumah tangga.
“Seperti semua orang tahu, saya sayang isteri saya, saya sayang anak-anak saya. Bagi saya, isu ini isu biasa.
“Perselisihan faham sedikit berlaku. Bila perselisihan faham sedikit berlaku, kadang-kadang tepat pada bulannya, di kala bulan mengambang,” katanya lagi.
Pengguna Media Sosial Bingung Fikir Kaitan Perceraian Dengan Politik & Harga Minyak
Sedutan video temubual Farid Kamil yang juga pelakon utama filem Anwar: The Untold Story itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Rata-rata bingung dan mempersoal apakah kaitannya berita perceraian dengan politik dan harga minyak serta kenyataan aktor itu mengenai rasuah.
Malah, ada yang terhibur dengan kenyataan Farid dan mempersoal adakah dia masih terbawa-bawa wataknya dalam filem Anwar: The Untold Story.
Namun, mungkin Farid cuba mengaitkan isu minyak dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Terdahulu, Farid Kamil dalam satu hantaran di Instagram miliknya pada Rabu (30 Oktober) menjelaskan dia masih menyayangi Diana dan anak-anaknya. Malah, dia akan melakukan apa sahaja bagi memulihkan konflik rumah tangganya itu.
Pasangan itu sebelum ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata yang kini masing-masing berusia 11 dan sembilan tahun.
Sebelum ini, mereka pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos 2023 secara dalam talian sebelum rujuk semula pada 31 Ogos tahun yang sama.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Tak Faham, Dia Kena Buang Dengan Bini Atau Dari Kabinet Menteri”
“Kenapa Dia Ni? Ada Ambil Apa-Apa Supplement Tambahan Ke?”
“Nak Rasuah Dia Untuk Apa?”
“Bagus Ye Pelakon Ni, Sampai Sekarang Mendalami Watak Anwar: The Untold Story”
Baca Artikel Berkaitan: Diana Danielle Nekad Cerai Dengan Farid Kamil, Sudah Beri Arahan Untuk Fail Permohonan – Peguam
Baca Artikel Berkaitan: Mahu Selamatkan Hubungan, Farid Kamil Tawar Vellfire, Barang Kemas & Wang Tunai Pada Diana Danielle
Baca Artikel Berkaitan: Farid Kamil Bukan Nak Selamatkan Rumah Tangga Tapi Jaga Air Muka Sahaja, Kata Diana Danielle [Video]