fbpx
Now Reading
Netizen Kritik Nyanyian Fazura Dalam Program Temubual Di Indonesia [Video]

Netizen Kritik Nyanyian Fazura Dalam Program Temubual Di Indonesia [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan Fazura menyanyikan lagu duet Bertahan Demi Cinta secara solo dalam program temubual di Indonesia itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, industri seni tanah air telah dikejutkan dengan berita perpisahan dua selebriti iaitu Nur Fazura dan bekas suaminya, Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

Namun belum reda dengan isu perceraian itu syarikat label rakaman Indonesia iaitu Hits Records mengumumkan perlancaran lagu duet Bertahan Demi Cinta nyanyian bekas suami isteri terbabit.

Pengumuman tersebut turut mendapat perhatian ramai yang menyifatkan ia bukanlah masa sesuai untuk melancarkan lagu duet memandangkan mereka berdua baharu sahaja bercerai.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Selepas 7 Tahun Bina Rumah Tangga

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Fazura & Fattah Amin Bakal Lancar Lagu Baru, Ramai Anggap Ia Bukan Masa Sesuai

Fazura nyanyi lagu duet Bertahan Demi Cinta tarik perhatian ramai

Baru-baru ini, Fazura sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila muncul dalam sebuah program temubual di Indonesia dengan menyanyikan lagu duet terbabit secara solo.

Menerusi video yang tular di X, awalnya kelihatan Fazura yang memakai baju bercorak bunga sedang berdiri di atas pentas sambil menyanyikan lagu Bertahan Demi Cinta dalam program Sea Today News secara berseorangan tanpa pasangan duet.

Dalam video itu kelihatan Fazura menyanyikan lagu tersebut secara bersungguh dengan penuh penghayatan. Difahamkan kehadiran pelakon tersebut ke program berkenaan juga adalah untuk mempromosikan lagu baharunya itu.

Lagu Bertahan Demi Cinta diterima baik oleh peminat Fazura

Dalam satu lagi video yang dikongsikan di X, Fazura turut memaklumkan muzik video untuk lagu tersebut dirakam pada Februari dan dikeluarkan pada bulan lalu (Oktober).

“Kami rakam muzik video ini pada Februari, jadi kami baharu keluarkannya pada bulan lalu (Okotber). Respon yang diterima sangat memberansangkan, peminat sukakan lagunya.

“Dan disebabkan perceraian saya, mereka (peminat) masih berharap kami akan bersatu kembali. Namun pada sisi yang positif mereka sangat menyokong dan menunjukkan kasih sayang termasuklah kepada bekas suami saya (Fattah Amin),” jelasnya.

Fazura turut mengatakan ramai di luar sana yang dapat mengaitkan lagu terbabit dengan diri mereka khususnya kepada mereka yang bergelar ibu, isteri, suami serta mana-mana yang masih bertahan dalam perkahwinan, yang sudah serta akan bercerai.

Lagu dinyanyikan ketika dalam program di Indonesia undang pelbagai reaksi

Walau bagaimanapun, kualiti nyanyian Fazura dalam video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang menontonnya.

Rata-rata berpendapat pelakon itu perlu menghadiri kelas vokal untuk mempelajari cara nyanyian yang betul.

Ada juga mengatakan aktres tersebut tidak sepatutnya menyanyi memandangkan dia kini masih lagi dalam tempoh iddah selepas bercerai dengan Fattah Amin pada Oktober lalu.

Tidak kurang juga ada yang mengkritik dan berpendapat usahawan itu tidak mempunyai kemahiran yang baik untuk bernyanyi

Menerusi semakan kami, Fazura telah ditemubual dalam program Sea Today News pada Ahad lalu (3 November). Sesi temubual itu turut dimuat naik dalam YouTube.

Berikut adalah beberapa komen orang ramai mengenai nyanyian aktress terbabit:

“International betul tempat dia sumbangkan lagu”

“Bakat terpendam yang elok dipendamkan”

“Siapalah yang memberi sokongan moral dekat dia ni untuk menyanyi?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.