Ramai Berang Individu Biadap Persoal Janna Nick Sukar Dapat Anak Kerana Suami Terlebih Hormon Perempuan
Jelas Janna Nick, dia dan Dini telah melakukan pelbagai ujian termasuklah rawatan IVF untuk mendapatkan cahaya mata.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata mereka sendiri. Namun ia bukanlah perkara yang mudah kerana semuanya bergantung kepada rezeki yang ingin diberikan oleh Allah SWT.
Sebagai manusia mereka yang sedang menanti atau pejuang garis dua ini (TTC) hanya mampu berdoa serta mendapatkan rawatan sepatutnya sebagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Tidak dinafikan mereka yang sedang TTC ini sering dihujani soalan bilakah mereka akan mendapat cahaya mata? Walhal umum mengetahui tiada jawapan yang tepat untuk soalan tersebut.
Janna sifatkan individu persoal Dini terlebih hormon perempuan sebagai biadap
Baru-baru ini, pelakon Janna Nick turut meluahkan rasa sedihnya apabila ada individu yang biadap mempersoalkan mengenai suaminya iaitu pelakon, Dini Schatzmann yang menjadi punca mereka sukar mendapatkan anak.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Janna di Instagram, individu berkenaan meninggalkan komen mendakwa Dini mempunyai hormon perempuan yang banyak.
“Dini ni mesti over hormon perempuan banyak. Sebab tu susah dapat anak,” tulis individu berkenaan.
Tidak bersetuju dengan perkara itu, Janna mengatakan dia terkesan dengan komen tersebut yang disifatkan sebagai kurang ajar. Malah aktres itu turut menjelaskan telah melakukan pelbagai usaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Maklum dah setahun buat IVF namun gagal mendapatkan cahaya mata
Janna turut mendedahkan sudah setahun dia membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) sebagai salah satu alternatif untuk mendapatkan bayi.
“Sebab kita dah buat macam-macam, we do our best. Kerana kami berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata. Bila orang bertanya kepada saya, bila nak dapat anak? Bila nak dapat anak?
“Ingat saya tak tanya ke? Saya sendiri pun tanya kepada Allah SWT bila nak bagi saya anak? Orang bertanya kepada saya. Saya nak jawab apa kepada anda semua?
“Sekarang bulan 10, cukup setahun saya buat IVF dan saya gagal. Saya dah setahun buat IVF. Saya dah buat IVF, saya dah buat macam-macam. Saya dah buat Anti-Mullerian Hormone (AMH) test, Hysterosalpingogram (HSG) test. Dini dah buat ujian sperma dan kami berdua okay,” ujarnya sambil menangis.
Dedah cabaran dan masalah dihadapi sepanjang buat IVF
Janna turut mendedahkan ketika membuat IVF kualiti telurnya berada dalam keadaan teruk dan rosak serta beberapa lagi masalah lain.
Malah dia turut mengurangkan beban kerja dan mengubah cara hidup kerana berusaha keras untuk mendapatkan cahaya mata.
“Jadi orang yang bertanya-tanya ini, korang tahu kita (Janna dan Dini) mencuba dan kita ni berusaha keras. Jadi tolong berhenti bertanya-tanya.”
Terima pelbagai petua dan tips
Aktres itu turut mengatakan menerima pelbagai petua untuk mendapatkan cahaya mata serta mencuba pelbagai produk .
Jelas pasangan itu mereka sangat menghargai semua yang mendoakan agar dikurniakan cahaya mata.
Malah mereka juga mengatakan sangat memerlukan doa dari semua orang dan menyifatkan untuk mendapatkan anak ini adalah kerja Allah SWT.
Alami masalah berat badan kerana makan pil hormon untuk dapatkan cahaya mata
Tambahnya Janna lagi, dia juga mengalami masalah jerawat serta berat badan naik kerana perlu mengambil pil hormon selain takut untuk bergerak terlalu lasak kerana bimbang ia menyukarkan proses penempelan jika mengandung.
“Di titik ini janganlah tanya apa-apa lagi, jangan tanya. Kalau korang nak doakan, silakan dan saya hargai doa-doa orang.
“Jangan komen benda-benda yang tak baik. Kami berdua tiada masalah, lepas saya minum Efferty (produk) ni saya punya pengiraan telur dah naik dah. Dari sebelum ini ada 5 sahaja, dua bulan lepas dah naik 13. Saya gembira dan berharap ada lagi kemajuan,” katanya lagi.
Ramai simpati dan berang dengan individu tak bertanggungjawab keluarkan komen biadap
Di ruangan komen, ramai yang bersimpati dengan perkara yang menimpa Janna dan memberikan kata-kata semangat untuknya kekal positif.
Tidak kurang juga ada yang mengkritik tindakan individu yang disifatkan biadap dan tosik.
“Ya Allah kasihannya Janna dan Dini. Kenapa mulut yang komen sampai macam tu sekali, dia ingat dia dekat dunia ni tak ada Allah ke? Dia tak faham ke.. apa pun yang terjadi atas izin Allah..”
“Manusia terasa diri dia sempurna macam tulah, jenis tak fikir perasaan orang lain bila orang cakap dia macam tu merentan pula. Tak tenanglah hidup orang macam tu”
“Semua ibu-ibu nak peluk Janna