“Saya dari PERKESO” – Lawak Shuib Dalam Muzikal Lawak Superstar Undang Kritikan Netizen [Video]
Dialog tersebut diselitk oleh Shuib yang tampil sebagai artis jemputan bagi kumpulan Sarkas dalam pentas akhir Muzikal Lawak Superstar musim keempat baru-baru ini.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada minggu lalu, Mahkamah Majistret Shah Alam telah menjatuhkan hukuman denda RM17,500 kepada pelakon dan pelawak terkenal, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd, Koh Choo Guan.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dan Koh dikenakan denda terbabit selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) pada tahun lalu.
Walau bagaimanapun, Shuib menyifatkan denda tersebut sebagai ujian dan bersedia untuk memperbaiki segala kekurangan dalam perniagaannya itu.
Guna Lawak PERKESO Di Atas Pentas
Namun, nama Shuib sekali lagi menjadi bualan ramai apabila dia menyelitkan nama PERKESO ketika sedang beraksi di atas pentas.
Menerusi sedutan video yang dikongsikan semula,di akaun X @twtbiy, Shuib tampil sebagai artis jemputan bagi kumpulan Sarkas dalam pentas akhir Muzikal Lawak Superstar musim keempat baru-baru ini.
Apa yang menjadi perhatian adalah Shuib menyebut PERKESO sebagai sebahagian daripada dialog jenakanya ketika persembahan tersebut.
“Pakcik dari PERKESO. Pakcik ni, pergi teman kawan bayar saman,” kata Shuib menerusi dialog berkenaan.
Kenyataan Shuib itu nyata menghiburkan kebanyakan penonton di studio yang tertawa mendengar jenakanya.
Namun, dialog berkenaan menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengguna media sosial hingga ada yang mempersoalkan tindakan pelawak itu.
Meskipun Shuib tidak memperincikan motif lawak berkenaan, namun ada yang merasakan ia seolah berkait dengan kes mahkamahnya sebelum ini.
“Shuib ni dah la tak bayar caruman PERKESO, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke?” tulis pengguna itu.
Shuib ni dah la tak bayar caruman perkeso, boleh ek buat lawak macam ni. Tak malu ke? pic.twitter.com/riXLPXGWjy
— Bbie. (@twtbiy) November 18, 2024
Ramai Persoal Lawak Shuib, Ada Yang Anggap Shuib Tak Sensitif
Video yang telah mendapat lebih 412,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial yang lain.
Rata-rata daripada mereka bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pengguna X berkenaan.
Malah, ada yang mengkritik dan menganggap ahli bekas kumpulan Sepahtu itu seolah-olah tidak sensitif ditambah pula caruman PERKESO ada kaitan dengan kebajikan pekerja.
Tidak kurang juga ada yang hairan dengan tindakan kebanyakan penonton yang menganggap dialog tersebut sebagai bahan lawak.
Berikut antara komen pengguna X:
“Dah Tak Bayar Caruman Pun, Masih Mampu Buat Lawak Dekat Pentas Besar”
“Takda Integriti & IQ Rendah. Semua Benda Nak Dibuat Lawak”
“Tak Tahulah Kenapa Ada Orang Boleh Rasa Dia Lawak & Boleh Gelakkan Sekali”
“Yang Tak Fahamnya, Ada Juga Orang Support Dia Dari Segi Ini”
Baca Artikel Berkaitan: “Patutlah Jep Taknak Berbaik” – Ramai Pertikai Episod Audio Siar Shuib, Dol’s Podcast Bersama Man Raja Lawak [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Dedah Pernah Main Mesin Judi, Shuib Akui Kesilapan & Akan Lebih Berhati-hati