fbpx
Now Reading
Setahun Berehat, Wani Kayrie Tampil Dengan Single Terbaharu, ‘Aiman Tino’ [MV]

Setahun Berehat, Wani Kayrie Tampil Dengan Single Terbaharu, ‘Aiman Tino’ [MV]

Hari ini (25 November) Muzik Video (MV) Aiman Tino juga telah dilancarkan di laman YouTube Wani Kayrie.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir setahun berehat, penyanyi semakin melonjak naik, Wani Kayrie tampil dengan sebuah single terbaharu berjudul Aiman Tino.

Diterbitkan oleh Rocketfeul Entertainment, lagu ini mendapat sentuhan daripada komposer popular, Ezra Kong.

Sedutan1 minit lagu ini telah dilancarkan di TikTok semenjak 27 September lalu dan telah menerima pelbagai reaksi daripada peminat Wani Kayrie.

Bukan itu sahaja bermula hari ini, 25 November Wani juga telah melancarkan Video Muzik (MV) Aiman Tino di laman YouTube.

Maksud lagu Aiman Tino

Menurut penyanyi kelahiran Sandakan, Sabah itu, lagu ini mengisahkan seorang wanita yang mempunyai rasa suka dan ‘crush’ akan seorang lelaki yang mempunyai imej comel seperti ‘Aiman Tino’.

Tempo dan rentak lagu ini juga agak ‘catchy’ dan mudah diingati. 

“Keistimewaan lagu ini terletak pada korusnya di mana ianya lebih mudah melekat dalam  pemikiran pendengar.

Selain itu, Wani juga ada berbincang bersama Ezra Kong untuk  menambahkan sedikit elemen kemelayuan pada bahagian ‘bridge’ lagu ini bagi membezakan identiti Wani berbanding lagu-lagu sebelum ini,” kata Wani.

Malah Wani optimis lagu yang berkonsepkan rancak dan gembira itu pasti boleh minat orang ramai untuk mendengarnya berulang kali selain memberi kesan positif dalam diri mereka.

Disebabkan faktor ini jugalah gadis berusia 24 tahun ini bersetuju untuk menyanyikan lagu ini.  

Mengulas mengenai perasaaannya ketika ditawarkan lagu berkenaan Wani berkata, dia gembira kerana berpeluang menyanyikan lagu ‘catchy’ yang kena dengan minatnya.

“Saya juga rasa teruja kerana dapat bekerjasama dengan seorang penggubah lagu yang besar bakatnya dan pernah memenangi pelbagai anugerah di Anugerah Juara Lagu.”

Menurut Ketua Rocketfuel Entertainment, Sher Leen Wee, lagu ‘Aiman  Tino’ berpotensi besar dan tepat dengan selera pendengar masakini. Lagu bersifat catchy ini dilihat mempunyai ciri-ciri seperti lagu antarabangsa yang lain namun melodinya masih mengekalkan elemen tempatan.  

Wani Kayrie juga sangat sesuai membawakan lagu ini kerana beliau merupakan seorang  penyanyi serba boleh yang dapat membawakan pelbagai jenis genre.

“Kami melihat Wani boleh membawa lagu ini ke tahap yang lebih tinggi. Sebagai sebuah  syarikat rakaman, kami berusaha untuk memberikan sebuah lagu yang terbaik untuk para  pendengar dan lagu ‘Aiman Tino’ adalah cara terbaik untuk Wani mendapatkan lebih ramai  pendengar baharu.” 

Menurut penggubah dan penulis lirik lagu ‘Aiman Tino’ iaitu Ezra Kong, lagu ini mengisahkan  seseorang yang sedang memendam perasaan menanti seseorang yang sering bermain di  dalam fikirannya. Ezra juga menceritakan sewaktu menulis lagu ini, beliau membayangkan  Aiman Tino sebagai seorang lelaki yang mempunyai imej yang kemas dan tajam dan perkara  tersebut telah memberikannya idea untuk menghasilkan sebuah lagu yang ceria dan catchy.  

Selain itu, lagu ini juga mendapat sentuhan budaya pop yang unik untuk membuatkan  pendengar mudah dan terhibur sewaktu mendengarnya. Gabungan unsur-unsur humor, flirtasi  dan bercampur emosi akan memberikan pendengar sebuah lagu yang ringan tetapi mempunyai  makna yang tersendiri.  

Bukan itu sahaja, Ezra juga berharap lagu ini akan menampilkan sisi penceritaan yang segar  dalam lagu-lagu cinta selain daripada memberi kesan yang baik kepada para pendengar dan  mereka boleh mengaitkan lagu ini dengan pengalaman hidup masing-masing.  

Lagu ‘Aiman Tino’ kini sudah boleh didengarkan di semua platform streaming digital sejak 1  November 2024 dan lebih istimewa lagi, single terbaru Wani Kayrie ini juga boleh didengari  dalam format Dolby Atmos di Apple Music.

Tonton video di bawah:

MV

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.