fbpx
Now Reading
“Datanglah MARA & Bincang” – Asyraf Wajdi Minta Che Ta Tampil Berunding Berhubung Isu Hutang

“Datanglah MARA & Bincang” – Asyraf Wajdi Minta Che Ta Tampil Berunding Berhubung Isu Hutang

Menurut Pengerusi Mara, prosedur kebankrapan akan tetap diteruskan selepas Che Ta gagal meyelesaikan bayaran pinjaman dalam tempoh tujuh tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 10 Disember lalu, industri hiburan tanah air dikejutkan dengan berita kediaman pelakon wanita terkenal, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta diserbu oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ia berikutan selepas aktres itu gagal melunaskan bayaran pinjaman Mara bernilai hampir RM1 juta. Serbuan yang dibuat di Kota Damansara itu bagi membolehkan pihak Mara menyerahkan writ dan menilai barangan rumah selebriti terbabit bagi tujuan penyitaan.

Malah, Mara menerusi bahagian undang-undang turut memfailkan kebankrapan terhadap pelakon yang berusia 51 tahun itu serta anak sulungnya, Ammar Effendy yang merupakan penjamin.

Difahamkan, pelakon utama drama Kiah Pekasam itu membuat pinjaman sebanyak RM960,000 menerusi syarikatnya RCW Worldwide Sdn Bhd.

Baca Artikel Berkaitan: Gagal Bayar Pinjaman Mara Hampir RM1 Juta, Kediaman Che Ta Di Kota Damansara Diserbu

Baca Artikel Berkaitan: MARA Fail Bankrap Terhadap Che Ta & Anak Sulung, Tidak Bayar Pinjaman Sejak 2017

MARA Minta Che Ta & Anak Sulung Tampil Berunding

Terbaharu, Mara meminta Che Ta dan anak sulungnya yang berusia 28 tahun untuk tampil membuat rundingan berhubung isu pembayaran hutang tersebut.

Menurut Pengerusi Mara Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, prosedur kebankrapan akan tetap diteruskan selepas Che Ta gagal meyelesaikan bayaran pinjaman dalam tempoh tujuh tahun.

“Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama (dikenakan terhadap Che Ta), (masuk) ini sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah kepada MARA dan bincang.

“Sekarang, paling penting juga, (pelakon itu perlu) bayar balik pinjaman yang dibuat sebab (hutang ini) sudah berlarutan sejak tahun 2017,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Tindakan Kebankrapan Hanya Akan Berhenti Jika Che Ta Lunaskan Bayaran Hutang

Jelas Asyraf Wajdi lagi, tindakan kebankrapan hanya akan dihentikan sekiranya aktres itu membuat bayaran sepenuhnya pinjaman tersebut.

Ia susulan Mara tidak lagi memberi tempoh pembayaran lanjutan selepas mahkamah membuat keputusan muktamad mengenai isu berkenaan.

Difahamkan, Che Ta yang juga pernah memegang watak dalam filem Sepi itu masih belum tampil bertemu Mara bagi berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman yang berjumlah RM 960,000 yang dibuat melalui syarikatnya.

Sebelum ini, Mara pernah memfailkan notis kebankrapan terhadap Che Ta dan anak lelakinya pada Julai 2023.

Namun, ia ditarik balik disebabkan isu teknikal sebelum diteruskan dengan writ penyitaan serta penjualaan (WSS) harta aktres itu pada 10 Disember lalu.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.