fbpx
Now Reading
Penyanyi Man Bai Sifatkan Program Gegar Vaganza Hanya Malukan Penyanyi

Penyanyi Man Bai Sifatkan Program Gegar Vaganza Hanya Malukan Penyanyi

Jelas Man Bai, walaupun pernah dijemput untuk menyertai Gegar Vaganza sebagai penyanyi jemputan namun dia membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa yang tidak tahu dengan program Gegar Vaganza (GV)? Program hiburan yang telah memasuki musim ke-11 itu nyata mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Apatah lagi ia merupakan platform bagi menghimpunkan artis lama terkenal dalam sebuah pertandingan.

Buat peminat industri hiburan tanah air, ada yang mengharapkan artis lama kegemaran mereka membuat comeback dengan menyertai pertandingan tersebut bagi mengubat rasa rindu. Namun, ada yang terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab tersendiri.

Man Bai Anggap Format Pertandingan GV Memalukan Penyanyi

Terbaharu, penyanyi lagu Kau Ilhamku, Man Bai menjelaskan dia tidak berminat untuk terbabit dengan pertandingan nyanyian tersebut. Ini kerana dia berpendapat format pertandingan itu hanyalah memalukan penyanyi.

Jelas Man Bai atau nama sebenarnya Abdul Rahman Osman, walaupun pernah dijemput sebagai penyanyi jemputan dalam program itu namun dia membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut.

“Saya tak mahu beri sokongan terhadap program yang memiliki format pertandingan memalukan artis bertanding. Jadi, saya tak ambil tawaran untuk segmen lagu duet itu ketika dihubungi baru-baru ini.

“Pada saya, kenapa mahu merendahkan artis? Kita tengok contohnya penyanyi Inka Christie yang dah menang pelbagai anugerah termasuk di Asia Pasifik, boleh tersingkir.

“Tidak logik dia tersingkir sebagai penyanyi berpengalaman, vokal pun bagus dan dikenali ramai terutama di Indonesia yang ada lebih 230 juta penonton, pasti tiada siapa yang tak kenal Inka Christie?

“Jadi, maksud saya jangan main permainan begini, saya tidak suka. Kalau kita mahu cari bakat, biar cara yang betul. Penilaian pada vokal itu yang utama,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.

Turut Pertikai Kredibiliti Ketua Juri

Malah, Man Bai yang juga vokalis kumpulan Gersang turut mempersoalkan kredibiliti Ketua Juri iaitu Datuk Ramli MS apabila penyanyi Liza Aziz tidak dinobatkan sebagai peserta terbaik dalam konsert keempat pada minggu lalu.

“Ronnie Hussein menang minggu lalu kerana Ramli kata sudah selalu beri kemenangan kepada Liza.

“Kenapa macam itu? Kalau betul Liza layak menang, mengapa takut berikan (kemenangan) itu kepadanya?

“Bagaimana pula dengan usaha dilakukan Liza sebelum ini sampai beri dia tempat ketiga? Kalau dalam hati anda betul-betul seorang juri dan mahu beri kemenangan kepada yang layak, beri sajalah,” katanya lagi.

Liza Layak Menang, Nyanyikan Lagu Dengan Baik

Man Bai berpendapat, Liza Aziz layak untuk menang memandangkan tiada orang yang dapat menyanyikan lagu Sambaria dendangan asal Fairus Hussein dengan baik seperti penyanyi wanita itu yang boleh menggunakan ‘tone’ suara tersendiri.

“Sebagai otai (Liza), tengok saja pun dah tahu yang berilah lagu apa pun itu kepada dia, semua ‘kacang goreng’. Tapi, kalau dia kalah GV, saya fikir juri-juri itu semua pekak dan tuli. Maaf cakap.

“Pada saya persembahan Liza sudah mencapai ‘standard’ antarabangsa dan dia cuma perlukan satu lagu hit sebagai ‘signature’ kerana teknik nyanyiannya sudah bagus,” katanya.

Sebelum ini, Ramli MS pernah memberikan penjelasan berhubung kedudukan Liza Aziz yang berada di tangga ketiga pada minggu lalu dengan pencapaian markah sebanyak 74.80%.

Jelas Ramli MS, lagu yang dinyanyikan oleh Liza Aziz sememangnya agak sukar untuk dibawa.

Malah baginya, ada orang lain yang lebih layak untuk berada di kedudukan pertama pada malam Ahad (15 Disember) lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Buat Pertama Kali, Dua Penyanyi Dinobatkan Sebagai Juara Gegar Vaganza, Tahniah Naqiu dan Hady!

Baca Artikel Berkaitan: Gegar Vaganza 7 Akan Tetap Diteruskan, Tanpa Penonton

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.