Sebelum ini, terdapat penyanyi Man Bai yang mengatakan dia tidak berminat dengan program Gegar Vaganza iaitu sebuah rancangan realiti muzik terbitan TV swasta terkenal.
Rancangan tersebut turut menampilkan penyanyi lama atau berpengalaman dalam industri untuk berentap dalam satu pentas yang sama. Penyanyi lagu Kau Ilhamku itu turut mengkritik format program tersebut dan mendakwa ia menjatuhkan dan memalukan penyanyi.
Man Bai dalam masa sama turut mempertikaikan kredibiti ketua juri iaitu Datuk Ramli MS apabila tidak memberikan penyanyi Liza Aziz peserta terbaik dalam konsert keempat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi Man Bai Sifatkan Program Gegar Vaganza Hanya Malukan Penyanyi
Ramli MS enggan layan ‘tin kosong’
Terbaharu, Ramli MS memaklumkan beliau tidak mahu melayan kenyataan penyanyi lelaki itu.
Malah dia dalam masa sama juga menyifatkan penyanyi itu ‘tin kosong’ kerana didakwa memberikan komen yang tidak berasas.
“Sebenarnya saya memang malas nak layan tong-tong kosong ini.
“Dia ketuk dalam bunyi tak ada isi, malas nak melayan,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Persoal kenapa baru ingin bersuara
Ramli bagaimanapun turut memberikan maklum balas berkaitan kenyataan penyanyi terbabit yang mempertikaikan kredibitinya menjadi ketua juri untuk program berkenaan.
“Ia realiti program, konsep dan semua kandungan program adalah berlainan. Macam-macam yang dibawakan.
“Tapi kenapa baru sekarang nak bersuara, sepatutnya dari musim pertama lagi.”