Suami Zahnita Dakwa Nyaris Di ‘Muay Thai’, Anak Pula Dedah Foto Mata Lebam Gambar Lama [Video]
Dalam temubual tersebut, suami kepada Zahnita iaitu Abdul Zackery mendakwa tuduhan dia mengasari isterinya tak benar sebaliknya dia nyaris di ‘muay thaikan’ model itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada Disember lalu model terkenal, Zahnita Wilson telah berkongsi satu foto di Instagram menunjukkan kesan lebam pada bahagian bawah mata.
Malah dia juga memaklumkan terpaksa memakai cermin mata hitam disebabkan perkara itu.
Susulan daripada perkongsian tersebut, pihak polis kemudiannya menahan suami kepada model terkenal itu, Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2 Disember lalu. Model itu sebelum ini mengakui sudah lama menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Baca artikel berkaitan: Suami Ditahan Polis Selepas Zahnita Wilson Dedah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga
Anak Zahnita dedah kecewa dengan konflik yang berlaku membabitkan keluarga
Terbaharu anak sulung kepada model terbabit yang dikenali sebagai Zahrafeena, 18, mendakwa pendedahan yang dilakukan oleh ibunya mengenai perkara itu seperti telah dirancang terlebih dahulu.
Malah anak perempuan kepada model itu turut meluahkan rasa kecewanya atas isu yang berlaku sehingga mengakibatkan hubungan keluarga menjadi renggang.
“Ibu sudah rancang untuk kami berpindah selepas saya selesai peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi perkara ini menjadi tular lebih awal.
“Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiasa siapa yang dipukul dan gambar dikongsikan oleh ibu adalah foto lama,” ujarnya, dipetik mStar.
Akui konflik yang melanda beri kesan pada diri
Dalam masa sama, gadis itu mengakui isu yang berlaku dalam keluarganya ini turut memberi kesan pada dirinya.
Perkara itu dikongsikan oleh Zahra dalam satu temubual yang diadakan oleh portal itu di rumah mereka di Kuantan, Pahang pada 7 Januari.
Pilih untuk duduk bersama bapa
Zahra juga memaklumkan dia memilih untuk duduk bersama bapanya kerana merasakan lebih sesuai kerana menduduki peperiksaan SPM.
Jelasnya lagi isu yang berlaku turut membuatkan dia terganggu sehingga kurang belajar kerana memikirkan hal yang berlaku termasuk keluarga.
“Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat.
“Dia bagaikan tidak ambil kisal fasal saya yang sedang menduduki SPM. Dia lebih fokus tentang diri sendiri,” katanya lagi.
Suami dakwa tuduhan model terkenal dikasari tak benar, dedah sebaliknya pernah cuba di ‘Muay Thaikan’
Sementara itu, Abdul Zackery mendakwa tuduhan dia melakukan kekasaran kepada isterinya adalah tidak benar.
Kata Abdul Zackery, dia hanya bertindak untuk mempertahankan diri kerana isterinya bersikap ganas. Menurutnya selama 20 tahun perkahwinan Abdul Zackery memaklumkan dia perlu bertahan dengan sikap model terbabit yang setiap tahun meminta untuk berpisah.
“Isu keganasan ini pernah menjadi pertikaian kerana yang mengganas itu adalah dia (Zahnita).
“Dulu dia pernah belajar sukan Muay Thai dan cuba untuk ‘Muay Thaikan’ saya. Tetapi pada ketika itu, saya cuba untuk menenangkan isteri,” jelasnya lagi.
Dedah suami kepada pelakon filem Kuliah Cinta itu lagi pergaduhan mereka pada November 2024 berlaku selepas Zahnita menyewa rumah tanpa pengetahuannya.
Jelasnya rumah itu disewa oleh model berkenaan untuk melakukan perniagaan makanan yang dijual sejak awal 2024.
Katanya dia mahu model itu memberikan perhatian sepenuhnya pada keluarga khususnya anak bongsu, Abd Zayden Ghouse yang berusia 4 tahun kerana menghidap autisme.
Sedia ceraikan Zahnita dengan beberapa syarat
Dalam satu lagi pendedahan yang dilakukan, Abdul Zackery memaklumkan dia sedia menceraikan Zahnita namun dengan beberapa syarat selepas wanita itu memfailkan perceraian pada 3 Disember lalu.
Antara syarat yang diletakkan termasuk hak penjagaan dan kebajikan empat anak mereka.
“Saya bersedia melafazkan talak dengan beberapa syarat yang perlu dia patuhi.
“Kalau dia dapat tunaikan syarat tersebut saya akan lafaz talak dan kami boleh bercerai secara baik.
“Saya sudah tidak mahu bergaduh dengannya tapi saya minta kami dapat sama-sama menjaga anak-anak, itu sahaja,” ujarnya.
Sebelum ini mahkamah turut memerintahkan pasangan ini melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) selepas kedua mereka gagal menemui kata sepakat.
Ketika ditanya adakah proses itu boleh menyelamatkan rumah tangga, Abdul Zackery mengatakan dia tidak menolak sebarang kemungkinan untuk anak-anak.
“Selepas apa saya lalui beberapa bulan ini, agak berat untuk saya melupakan atau memaafkan dia.
“Tetapi tidak tahu juga, kita hanya manusia biasa. Mungkin saya akan maafkan dia demi anak-anak kami.”
Abdul Zackery juga menyangkal dakwaan Zahnita sebelum ini yang mengatakan punca keretakan rumah tangga kerana orang ketiga.
Dakwanya model itu yang pernah menduakannya kira-kira 10 tahun lepas serta pernah melarikan diri dengan seorang lelaki selama enam bulan.
“Kalau nak bercakap soal orang ketiga, pada 2015 dan 2016 isteri saya mempunyai orang ketiga.
“Kami pernah melalui proses penceraian dan ketika itu dia keluar dari rumah dan lari dengan seseorang selama enam bulan.
“Anak perempuan saya sendiri yang memberitahu ibunya keluar dengan lelaki. Apabila saya cuba berbincang, isteri bawa lari anak-anak kami,” jelasnya lagi.
Pasangan ini telah berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat orang anak yang berusia 18, 13, 8 dan yang paling kecil 4 tahun.