
Saif Ali Khan Cedera Ditikam 6 Kali Selepas Perompak Pecah Masuk Rumah
Ketika insiden berlaku, Saif Ali Khan terdengar bunyi bising di rumahnya sebelum bangun dan berdepan dengan perompak terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama pelakon Bollywood, Saif Ali Khan sangat dikenali di seluruh dunia. Antara filem lakonannya adalah seperti Kua Kehna!, Vikram Vedha, Kal Ho Naa Ho, serta banyak lagi.
Malah pelakon yang juga suami kepada aktres Bollywood Kareena Kapor ini juga sering menjadi pujaan hati ramai peminatnya di seluruh negara termasuklah Malaysia.
Pelakon bollywood ditikam ketika perompak masuk rumah
Terbaharu industri seni Bollywood dikejutkan dengan berita aktor ini telah ditikam sebanyak enam kali sewaktu bergelut dengan perompak di kediamannya di Mumbai, India pada pagi tadi (16 Januari).
Menurut Kosmo yang memetik Hindustan Times, kediaman aktor berkenaan telah dimasuki perompak sekitar jam 2.30 pagi (waktu India) sewaktu dia sedang tidur bersama dua orang anaknya yang dikenali sebagai Taimur serta Jeh.
Ketika insiden itu berlaku, difahamkan aktres, Kareena Kapoor tidak berada di kediaman terbabit kerana keluar bersama kakaknya yang juga pelakon Karisma Kapoor dan aktor, Sonam Kapoor.
Dengar bunyi bising sebelum bergelut dengan perompak
Ketika insiden, Saif awalnya terdengar bunyi bising sebelum bangun dan berdepan dengan perompak berkenaan sehingga terjadi pergelutan antara dia dan perompak itu.
Insiden menyebabkan dia mengalami kecederaan ekoran ditikam beberapa kali menggunakan pisau serta dikejarkan ke Hospital Lilavati lebih kurang jam 3.30 pagi tadi.
Pegawai Eksekutif hospital, Niraj Uttamani kemudiannya memaklumkan aktor itu mengalami enam kecederaan pada tubuh iaitu dua darinya adalah luka yang dalam. Satu lagi kecederaan hampir dengan bahagian tulang belakang.
“Kami akan menjalankan pembedahan terhadapnya dan akan dilakukan beberapa orang doktor bedah termasuk doktor bedah kosmetik. Kami akan memberi maklum balas selepas pembedahan selesai dilakukan,” ujarnya.
Dah keluar dari bilik bedah dan dalam pemantauan
Menurut Hindustan Times lagi, pihak Saif pada petang tadi mengeluarkan kenyataan memaklumkan aktor itu sudah keluar dari bilik pembedahan.
“Saif Ali Khan sudah keluar daripada bilik pembedahan.
“Dia kini sedang dalam proses pemulihan dan doktor sedang membuat pemantauan terhadap perkembangannya.
“Semua keluarga kini berada dalam keadaan selamat dan polis kini sedang melakukan siasatan berhubung insiden yang berlaku,” ujarnya.
Katanya lagi pelakon berkenaan juga telah dipindakan ke unit rawatan COO selepas berada dalam unit rawat rapi (ICU) selama sehari.