fbpx
Now Reading
Syed Saddiq, Bella Astilah Berbaju Melayu & Kurung Tawan Gunung Kinabalu Curi Perhatian [Video]

Syed Saddiq, Bella Astilah Berbaju Melayu & Kurung Tawan Gunung Kinabalu Curi Perhatian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, Bella pada mulanya telah mencabar Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq mendaki Gunung Kinabalu dengan berpakaian Baju Melayu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Gunung Kinabalu, Sabah berketinggian 4,095 meter dari paras laut merupakan antara salah satu tempat yang sering menjadi pilihan atau bucket list buat si kaki hiking dek kerana tarikannya yang tersendiri.

Buat mereka yang mahu mendaki gunung tertinggi di Malaysia ini, pemilihan pakaian dan peralatan yang sesuai amatlah penting dimana rata-rata akan berpakaian sukan atau seluar trek bagi memudahkan pergerakan.

Namun, lain pula dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang dilihat berbaju Melayu mendaki gunung yang terletak di Kundasang, Sabah itu.

Bella Astillah Cabar Syed Saddiq Berbaju Melayu Daki Gunung Kinabalu

Menariknya, pendakian Syed Saddiq turut disertai oleh penyanyi dan pelakon Bella Astillah yang turut mengenakan pakaian tradisional iaitu baju kurung.

Menerusi video yang dikongsikan, Bella pada mulanya telah mencabar Syed Saddiq mendaki Gunung Kinabalu dengan berpakaian Baju Melayu.

Cabaran itu disahut oleh Syed Saddiq yang kemudiannya turut mencabar pelantun lagu drama Diari Ramadhan Rafique berbaju kurung ketika hiking.

Berpakaian Sedondon Daki Gunung

Menerusi hantaran berasingan, dapat dilihat Syed Saddiq mengenakan baju Melayu berwarna coklat lengkap dengan samping dan songkok. Manakala, Bella pula mengenakan persalinan yang mempunyai warna sama.

Kedua-dua mereka dilihat langsung tidak kekok malah Syed Saddiq pula kelihatan bersahaja ketika mendaki.

Kongsi Bella, mereka mengambil masa lebih kurang enam jam untuk tiba ke Laban Rata jam 3.20 petang semalam (23 Januari).

“Saya separuh sedar sudah sebenarnya (sampai terfikir bagus saya jadi ikan) tapi Syed Saddiq boleh menari-menari, menyanyi-menyanyi dan sewaktu dengannya. Oh lupa dia Ironman manakala saya hanya biasa iron baju.

“Dia tetap dengan baju Melayu, samping dan songkok tinggal nak raya je dekat puncak nanti,” kongsi Bella.

Foto: Instagram Bella Astillah

Berjaya Tawan Puncak Kinabalu Dengan Pakaian Tradisional

Dalam hantaran terbaharu Bella di Instagram, pelakon utama drama Aku Tanpa Cintamu mendedahkan dia dan Syed Saddiq telah berjaya sampai ke puncak.

Difahamkan, aktiviti mendaki hingga ke puncak bermula jam tiga pagi tadi dan kedua-duanya manis menggayakan baju tradisional berwarna hijau.

“Akinabalu sudah kami tawan. Alhamdulillah we did it, pakai baju raya mendaki Gunung Kinabalu. 3 pagi start mendaki.

“Pendakian yang penuh bermakna! Penat dia saya tak boleh nak ungkap dengan kata-kata tapi bila tengok pemandangan masha-Allah memang tidak ternilai cantik betul Akinabalu,” kongsinya.

Ramai Teruja Lihat Bella & Syed Saddiq, Ada Yang Doa Hubungan Menjadi

Perkongsian itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial hingga ramai yang kagum dan teruja melihat pasangan berkenaan.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti pengguna kagum melihat usaha kedua-dua mereka mendaki Gunung Kinabalu dengan berpakaian tradisional.

Ruangan komen menjadi lebih menarik apabila ramai yang meluahkan rasa teruja dan ‘approve’ melihat kemesraan kedua-dua individu terbabit hingga mahu kedua-duanya mengakhiri hubungan mereka dengan perkahwinan.

Selain itu, ada segelintir pengguna media sosial yang turut tertarik dengan ketahanan baju Melayu dan baju kurung yang dipakai oleh Syed Saddiq dan Bella.

Ini antara komen pengguna Instagram:

“Alhamdulillah, Tahniah Syed Saddiq & Bella Astillah”

“Syed Saddiq Kena Jaga Bella Baik-Baik Tahu. Ramai Orang Sayang Bella”

“Terus Photoshoot Wedding Dekat Sana La, Baju Dah Ngam Dah”

“Harus Dibeli Baju Melayu & Kurung Yang Diorang Pakai, Tahan Lasak. Kalau Mak Kejar Anak, Dijamin Tak Koyak”

“Ini Baru Cinta Sejati, Puncak Kinabalu Ku Tawan”

Baca Artikel Berkaitan: “Siap Kasut Kulit”- Lelaki Jepun Santai Pakai Sut Daki Gunung Kinabalu, Baju Kekal ‘On Point’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Tak Kenal Erti Putus Asa, Iron Man Sabah Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Rider Foodpanda Daki Gunung Kinabalu Pakai Uniform, Siap Bawa Bag Delivery [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.