
Individu Ugut Harith Iskander Dipenjara 5 Bulan, Akui Hanya Mahu Mainkan Perasaan
Bekas isteri Harith Iskander, Dr Jezamine Lim ingin orang ramai mengambil iktibar daripada perkara yang berlaku dan tidak menjadikan ugutan sebagai mainan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, polis telah menahan seorang lelaki yang dipercayai membuat ancaman bunuh terhadap pelawak terkenal, Harith Iskander serta keluarganya.
Menurut Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Razarudin Husain lelaki itu membuat ugutan ingin membunuhnya ekoran pelawak berkenaan ada mengeluarkan kenyataan berkaitan isu ham yang tular di media sosial.
Susulan daripada perkara itu, pihak polis bertindak menahan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan (KK). Selain itu, pihak polis turut merampas telefon bimbit milik individu berkenaan untuk membantu siasatan.
Individu ugut bunuh Harith Iskander dipenjara 5 bulan dan denda
Terbaharu hari ini (31 Januari), Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan dan denda RM2,000 terhadap tertuduh selepas dia membuat pengakuan bersalah atas kesalahan membuat ugutan jenayah terhadap Harith Iskander serta keluarganya pada awal Januari lepas.
Tertuduh yang dikenali sebagai Izzudin Md Salim, 30 memohon maaf dan mendedahkan melakukan ugutan itu untuk memainkan perasaan pelawak berkenaan.
“Saya berniat mainkan perasaan Harith Iskander sahaja, saya tiada maksud lain, saya minta maaf kepada keluarga mangsa,” rayunya.
Mengaku bersalah beri ugutan kepada Harith Iskander
Memetik laporan Berita Harian, majistret S Mageswary melakukan keputusan itu selepas Izzudin yang juga tukang rumah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya.
Pihak mahkamah juga mengarahkan hukuman penjara berkenaan dilakukan bermula dari hari tertuduh ditahan pada 24 Januari yang lepas serta penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Izzudin yang juga masih bujang didakwa bertindak menghantar WhatsApp yang mengandungi kata-kata ugutan. Kata-kata itu kemudiannya telah diterima oleh bekas isteri Harith iaitu Dr Jezamine Lim.
Kandungan ugutan itu lalu dibaca oleh Jezamine sewaktu berada di sebuah restoran di Kuala Lumpur jam 8.50 pagi pada 23 Januari.
Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Jezamine harap orang ramai ambil pengajaran dengan perkara yang berlaku
Dalam pada itu, Jezamine berharap perkara yang berlaku menjadi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menjadikan perbuatan ugutan sebagai mainan.
“Kami berharap ia menjadi pengarajan kepada orang lain. Perkara mengugut ini bukan sesuatu yang boleh dianggap mainan,” katanya lapor Berita Harian.
Jazamin dalam masa sama turut bersyukur dengan tindakan pantas pihak berkuasa dengan menahan suspek serta berterima kasih kepada mahkamah.
“Kami hormati dan terima keputusan mahkamah. Dengan itu, kami lega kerana episod ini berakhir.”
Malah Jezamine yang juga pengurus kepada pelawak terkenal itu turut menyifatkan sebarang ancaman yang membabitkan keluarga khususnya kanak-kanak tidak boleh diterima walau apa juga alasannya.