
Ellie Suriaty Tetap Mahu Ibu Bapa Imran Bard Mohon Maaf, Sanggup Melawat Di Hospital
Ellie Suriaty turut menyifatkan permohonan maaf dibuat oleh Imran dalam video dimuat naik sebagai tak ikhlas.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada 20 Februari pelakon senior, Ellie Suriaty Omar telah meminta ibu bapa kepada influencer Imran Bard menerusi satu sidang media selepas berasa kurang senang dengan konten video yang dimuat naik oleh pemuda itu.
Malah Ellie turut menyifatkan konten dilakukan oleh Imran atau nama penuhnya Muhammad Al Imran Badaruddin sebagai biadap di mana boleh mencemarkan nama baiknya sebagai anak seni di mana dia dituduh mengambil barang terlarang dalam video dihasilkan oleh influencer tersebut.
Sedar mengenai perkara itu, Imran kemudian memuat naik satu video dan memohon maaf kepada Ellie serta memaklumkan dia sangat menghormati pelakon senior berkenaan.
Imran juga memberitahu ibunya tidak dapat membuat permohonan maaf kerana berada dalam keadaan tidak sihat.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Minta Maaf Makcik”- Ini Respon Imran Bard Selepas Ellie Suriaty Tuntut Ibu Bapanya Mohon Maaf
Ellie sanggup melawat Ibu Imran Bard
Terbaharu, Ellie tetap bertegas mahukan ibu bapa kepada Imran untuk memohon maaf malah memaklumkan dia sanggup menziarah ibu influencer berkenaan di hospital.
Ellie juga menjelaskan dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk menyantuni ibu kepada Imran yang dimaklumkan oleh influencer berkenaan tidak sihat dan sedang menerima rawatan.
“Saya boleh sahaja ke hospital berjumpa ibunya. Ibu dia dimasukkan ke hospital mana? Biar saya sendiri yang pergi melawat.
“Kan kalau orang sakit elok juga kita pergi ziarah. Saya pun tetap tuntut ibu bapa dia untuk mohon maaf atas sikap biadap anak mereka,” jelasnya, lapor Kosmo.
Sifatkan permohonan maaf Imran dalam video dimuat naik tak ikhlas
Ellie Suriaty turut menyifatkan permohonan maaf dibuat oleh Imran menerusi video yang dimuat naik disifatkan sebagai tidak ikhlas.
Pelakon wanita itu juga memaklumkan dia tidak mahu permohonan maaf daripada Imran tetapi dari orang tuanya disebabkan anak mereka sesuka hati memperlekehkan individu lain untuk konten viral.
“Tengok video itu nampak kita boleh namapk dia tak serius dengan apa yang diucapkan. Memang macam tak ikhlas,” katanya.
Ellie sifatkan tindakan Imran sebagai melampau
Pelakon itu bagaimanapun sedar terdapat segelintir pengguna sosial media yang mempersoalkan tindakan tegasnya terhadap influencer berkenaan hanya kerana video parodi namun Ellie menyifatkan tindakan Imran sebagai melampau.
“Dia membuka ruang untuk orang mengutuk dan memaki hamun. Mereka bukan duduk di tempat saya, kalau ibu bapa mereka yang kena, apa rasanya.”