fbpx

Malaysia No 1 Untuk Negara Dengan Pencemaran Udara Paling Tinggi Di Dunia

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa tak bangga kalau Malaysia menjuarai apa-apa carta kan. Dapat Top 10 pun da kira gempak. Lagi-lagi kalau berjaya mendahului negara maju atau negara yang hebat dalam sesuatu perkara, seperti ranking bola sepak, bandar tercantik, bandar paling dikunjungi dan banyak lagi.

Namun agak sedikit tak syok kalau negara kita menjuarai sesuatu carta tapi dalam perkara yang tak diingini kan?

Ekoran dari jerebu teruk yang melanda kita, rekod pada hari Rabu jam 6.20 pagi,  World Air Quality Index (WAQI) telah menyenaraikan Malaysia di kedudukan paling atas sebagai negara dengan pencemaran udara tertinggi di dunia.

Jika dilihat pada cerapan indeks pencemaran udara(IPU) yang dikeluarkan WAQI itu,  negara kita mencatat IPU 266;

Ia diikuti Afrika Selatan, (217),  Indonesia (207)  India(194) dan China(178)

Negara jiran lain seperti Singapura dan Thailand masing-masing mencatat bacaan IPU 102 dan IPU 147

Namun hari ini ,Khamis 19 Sept ,bacaann IPU negara dan bacaan mengikut negeri dilihat sedikit reda kecuali  beberapa kawasan di Sarawak yang masih di tahap ‘Sangat Tidak Sihat’ terutamanya di Kuching (268) dan Sibu (246). Sri Aman walapun masih di tahap tidak sihat namun mengalami sedikit penurunan  dengan IPU 212.

Sentiasa berjaga-jaga kawan-kawan. Kekal sihat dan jaga diri!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.