fbpx
Now Reading
Roberto Nevilis, ‘Pengasas’ Konsep Kerja Sekolah

Roberto Nevilis, ‘Pengasas’ Konsep Kerja Sekolah

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tanya saja pada anak atau adik kita yang masih bersekolah, apa perkara yang paling tidak disukai mereka semasa cuti atau selepas pulang dari sekolah? Pasti rata-rata akan memberikan jawapan sama iaitu “Kerja Sekolah!”

Dipetik dari Wiki, kerja sekolah adalah tugasan yang diberikan oleh guru, sekolah atau apa-apa institusi pendidikan.

Istilah ini biasanya merujuk kepada kedua-dua kerja yang perlu disiapkan di rumah (kerja rumah) dan kerja yang perlu disiapkan di dalam kelas.

Kami rasa tak perlu terlalu mengupas lanjut mengenai kerja sekolah kerana majoriti kita pernah bersekolah bukan?

Namun persoalan utama, siapa sebenarnya yang mencipta sistem kerja sekolah/rumah ni ?

Seorang guru di Itali, Roberto Nevilis adalah invidivu yang bertanggungjawab memperkenalkan konsep kerja sekolah pada tahun 1905 di sebuah sekolah di Venice. Semuanya gara-gara melihat anak muridnya yang mempunyai banyak masa lapang selepas tamat sesi persekolahan.

Dikenali sebagai seorang pengajar yang sangat tegas, Nevilis merasakan bahawa dia perlu membuat sesuatu bagi memastikan mereka menghabiskan masa sebaik mungkin. Sehubungan itu dia bertindak ‘menghukum‘ pelajar-pelajar tersebut dengan mula memberikan kerja sekolah setiap hari.

Selain dari itu, dia juga mahu memastikan yang anak-anak dididiknya faham sepenuhnya setiap apa yang telah mereka pelajari di sekolah.

Jadilah macam Lisa yang suka homework ni.

Namun tak siapa menyangka ‘hukuman’ tersebut akhirnya popular dan sudah diikuti semua institusi pendidikan di dunia.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.