fbpx
Now Reading
Penggunaan Hand Sanitizer Beralkohol Boleh Digunakan Ketika Solat – Pejabat Mufti WP

Penggunaan Hand Sanitizer Beralkohol Boleh Digunakan Ketika Solat – Pejabat Mufti WP

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) dilihat kerap digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ini sebagai alternatif menggantikan penggunaan air dan sabun dalam mencegah wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan.

Namun di sebalik penggunaan cecair ‘pencuci tangan’ ini, ada dikalangan masyarakat terutamanya yang beragama islam yang tertanya-tanya adakah boleh sekiranya cecair ini digunakan ketika bersolat kerana menurut jumhur ulama alkohol jatuh di bawah kategori najis kerana memabukkan.

‘Boleh di bawa Solat’ – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam satu kenyataan di portal mereka berkata, penggunaan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) beralkohol boleh dibawa solat kerana hukumnya adalah harus dan dimaafkan

Menurut portal itu itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan bahawa alkohol yang tidak melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram diminum, berbanding alkohol daripada proses pembuatan arak yang hukumnya adalah haram dan najis.

Penggunaan hand sanitizer kini dilihat di mana-mana Foto : The NYPost

“Dapat disimpulkan bahawa hand sanitizer (pencuci tangan) adalah tidak najis dan boleh digunakannya ketika hendak melakukan sembahyang serta tidak dikira menanggung najis

“Ini jelas seperti yang diputuskan Muzakarah bahawa ubat-ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah harus dan dimaafkan,” katanya.

Ia selari dengan nasihat Kementerian Kesihatan kepada masyarakat untuk menjaga kebersihan diri seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi contohnya kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan cecair pembasmi kuman.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.