fbpx
Now Reading
Anda Bakal Berdepan 6 Bulan Penjara Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Anda Bakal Berdepan 6 Bulan Penjara Jika Langgar Perintah Kawalan Pergerakan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jabatan Peguam Negara hari ini menyiarkan Warta Kerajaan Persekutuan Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). 

Menerusi warta tersebut, jabatan peguam memaklumkan beberapa garis panduan dan peraturan penting yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diumumkan Perdana Menteri pada malam isnin.

Didalam warta itu lagi, mana-mana pihak yang melanggar salah satu peruntukan dalam peraturan ini boleh disabitkan denda tidak melebihi RM1,000, atau penjara tidak lebih enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

Sebanyak 22 sektor perkhidmatan penting negara turut disenaraikan dalam perkhidmatan penting negara, termasuk hotel dan penginapan, serta e-dagang.

Untuk membaca warta penuh, Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 , yang dikeluarkan Jabatan Peguam Negara .sila skrol ke bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.