Covid-19 : [Dikemaskini] Senarai Skim dan Insentif Kerajaan Untuk Rakyat Terjejas

Penularan wabak Covid-19 di negara kita sememangnya merungsingkan. Dalam mengekang penularan virus maut ini, kerajaan terpaksa mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Namun setiap keputusan pasti ada baik-buruknya. Ekoran dari pengisytihiran tersebut, berjuta rakyat Malaysia terpaksa ‘berkampung’ didalam rumah menyebabkan segelintir mereka yang bekerja sendiri terjejas keadaan ekonomi mereka.

Lantaran itu kerajaan Malaysia bertindak melancarkan beberapa insentif dan skim bantuan dalam membantu golongan-golongan yang terjejas teruk susulan krisis Covid-19 termasukk inisiatif di bawah EAC yang baru di umumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Mac 2020

Dibawah kami kongsikan senarai insentif dan skim yang telah diumumkan oleh kerajaan :

#1 Pemberian diskaun bil elektrik selama 6 bulan bermula 1 April

Kerajaan bersetuju menanggung kos pemberian diskaun bil elektrik berjumlah hampir RM662 juta kepada semua pengguna elektri meliputi pengguna kediaman dan komersial selama 6 bulan

#2 Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN selama 3 6 bulan

Kerajaan bersetuju dengan cadangan PTPTN bagi penangguhan balik pinjaman selama 3 bulan.

[Terbaru] : Tempoh penangguhan dilanjutkan ke 6 bulan melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM 750 juta

#3 Penangguhan bayaran balik pinjaman MARA dan diskaun khas premis

1.MARA tangguh bayaran balik pinjaman pelajaran dan perniagaan selama 3 bulan

2. Diskaun khas sewaan premis perniagaan Mara sebanyak 30% diberikan kepada usahawan di semua premis Mara selama 6 bulan .

Usahawan yang beroperasi di premis perniagaan MARA yang layak dan menepati syarat ditetapkan perlu mengemukakan permohonan untuk penjadualan semula secara atas talian melalui Portal Rasmi MARA (www.mara.gov.my) di pautan https://www.mara.gov.my/permohonan-insentif-moratorium-penangguhan/

#4 Bayaran bantuan JKM kepada 500,000 penerima bermula Rabu ini

Bantuan dengan kos RM150 juta itu sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal

#5 Bantuan RM600 cuma untuk pekerja yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji melalui PERKESO

Pekerja berpendapatan RM4,000 atau kurang sebulan, yang mengambil cuti tanpa gaji layak mendapat bantuan kewangan RM600 setiap bulan, untuk maksimum selama 6 bulan

#6 Pengecualian yuran Tabika Perpaduan dan Taska Genius Perpaduan dari Mac hingga Jun

Kemudahan membabitkan 37,855 murid dan 972 kanak-kanak

#7 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Percuma sebulan sewa premis perniagaan DBKL

Bayaran penuh kepada 500 pekerja harian DBKL

#8. Elaun khas buat petugas perubatan

RM400 sebulan diberikan kepada doktor dan petugas perubatan

#9. Penangguhan bayaran cukai oleh LHDN

Penangguhan bagi pembayar cukai di bawah sektor pelancongan seperti agensi pelancongan, pengusaha hotel dan syarikat penerbangan

#10. Penangguhan pembayaran pinjaman (moratorium)

CIMB, Affin Bank, Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat, Bank Muamalat, BSN, Agrobank beri penangguhan pembayaran pinjaman dengan moratorium sehingga 6 bulan, penstrukturan dan penjadualan semula kemudahan pembiayaan ke atas pelanggan yang terbabit gadai janji, sewa beli, kad kredit, pembiayaan pendidikan, pembiayaan Amanah Saham Nasional Bhd dan peribadi.

#11. Bajet tambahan

RM160 juta bajet tambahan disalurkan kepada 26 hospital, sebahagian daripada RM259 juta yang disalurkan untuk Kementerian Kesihatan membeli ubat-ubatan, peralatan dan lain-lain

#12. Kemudahan pengeluaran I-Lestari bagi pencarum KWSP

Majlis Tindakan Ekonomi putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion bermula 1 April.

“Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan selama 12 bulan”

Foto Kredit : Benarnews

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

21 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

21 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

21 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

22 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

23 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

24 hours ago