fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Berjaya Perdaya Google Maps Dengan Menghasilkan ‘Traffic Jam’ Palsu [Video]

Lelaki Ini Berjaya Perdaya Google Maps Dengan Menghasilkan ‘Traffic Jam’ Palsu [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kebanyakan pengguna jalanraya pada masakini sudah menganggap aplikasi GPS seperti Google Maps dan Waze sebagai satu keperluan wajib sewaktu di jalanraya.

Malah ramai memilih menggunakannya sebelum memulakan sesuatu perjalanan bagi memastikan jalan bakal mereka lalui adalah lancar sekaligus mengelak diri dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun tiada siapa menyangka seorang lelaki dari Jerman, Simon Weckert telah mencuba satu kelainan dengan membuat ujikaji aneh pada aplikasi Google Maps.

Simon difahamkan telah mengaktifkan aplikasi milik Google tersebut pada 99 buah peranti sebagai cubaannya untuk memperdaya aplikasi berkenaan untuk menghasilkan kesesakan jalanraya palsu.

Yang menariknya, dia membuat ekpserimen tersebut hanya dengan berjalan kaki sambil menarik sebuah kereta sorong yang berisi kesemua 99 telefon pintar di sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat Google dan Youtube di ibu kota Jerman iaitu Berlin.

Weckert dengan kereta sorong yang berisi 99 peranti digunakannya dalam eksperimen tersebut : Foto : Simon Weckert

Hasilnya, semua jalan yang dilaluinya bertukar menjadi merah dan ‘sesak’ . Ini menyebabkan ramai orang tertanya-tanya mekanisme yang digunakan Google dan mengesan kesesakan lalu lintas.

Memetik dari Business Insider, seorang jurucakap Google tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan aplikasi Google Maps menentukan tahap trafik sesuatu tempat dengan menghantar ‘ping’ pada telefon pintar yang menggunakan aplikasinya dan hasil ‘sumbangan maklumat dari komuniti Google Maps sendiri’

Ini bermakna sekiranya terdapat banyak pengguna Google Maps di atas jalan sesuatu kawasan yang bergerak perlahan, aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan isyarat sesak di jalan tersebut.

” Kami sudah pun hadir dengan kebolehan untuk membezakan kenderaan jenis kereta dan motosikal di beberapa negara termasuk India, Indonesia dan Mesir, namun masih belum pantas untuk mengesan perjalanan dengan gerabak kecil

“Kami menghargai penggunaan Google Maps secara kreatif seperti dimana ia dapat membantu Google meningkatkan kemampuan aplikasi peta-petanya dengan lebih baik pada masa depan,” katanya kepada portal itu lagi.

Kebanyakan pengguna jalanraya pada masakini sudah menganggap aplikasi GPS seperti Google Maps dan Waze adalah satu perkara wajib sewaktu di jalanraya.

Malah ramai lebih memilih untuk menggunakan sebelum memulakan sesuatu perjalanan hanya dengan tujuan untuk memeriksa keadaan semasa trafik bagi mengelak diri dari terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Namun tiada siapa menyangka seorang lelaki dari Jerman, Simon Weckert telah mencuba sesuatu kelainan dengan membuat ujikaji aneh iaitu mengaktifkan aplikasi Google Maps di semua 99 handphone yang dimilikinya hanya untuk mencipta traffic jam ‘palsu’

Dia membuat ekpserimen tersebut dengan berjalan kaki sambil menarik sebuah kereta sorong yang mengandungi kesemua 99 telefon pintar di sebuah kawasan yang terletak berdekatan dengan ibu pejabat Google dan Youtube di bandar Berlin, Jerman.

Weckert dengan kereta sorong yang digunakannya dalam eksperimen tersebut : Foto : Simon Weckert

Hasilnya, semua jalan yang dilaluinya bertukar menjadi merah dan ‘sesak’ . Ini menyebabkan ramai orang tertanya-tanya mekanisme yang digunakan Google dan mengesan kesesakan lalu lintas.

Memetik dari Business Insider, seorang jurucakap Google tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan aplikasi Google Maps menentukan tahap trafik sesuatu tempat dengan menghantar ‘ping’ pada telefon pintar yang menggunakan aplikasinya dan hasil ‘sumbangan maklumat dari komuniti Google Maps sendiri’

Troli yang digunakan untuk membawa 99 telefon pintar sewaktu eksperimen tersebut.

Ini bermakna sekiranya terdapat banyak pengguna Google Maps di atas jalan sesuatu kawasan yang bergerak perlahan, aplikasi ini secara automatik akan menunjukkan isyarat sesak di jalan tersebut.

” Kami sudah pun hadir dengan kebolehan untuk membezakan kenderaan jenis kereta dan motosikal di beberapa negara termasuk India, Indonesia dan Mesir, namun masih belum pantas untuk mengesan perjalanan dengan gerabak kecil

“Kami menghargai penggunaan Google Maps secara kreatif seperti dimana ia dapat membantu Google meningkatkan kemampuan aplikasi peta-petanya dengan lebih baik pada masa depan,” katanya kepada portal itu lagi.

Tonton ‘eksperimen’ video tersebut di bawah :

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.