fbpx
Now Reading
Kenapa Jepun Lantik Menteri Kesunyian & Apa Fungsinya ?

Kenapa Jepun Lantik Menteri Kesunyian & Apa Fungsinya ?

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Berita mengenai pelantikan seorang menteri di Jepun baru-baru ini telah mencuri tumpuan ramai pihak termasuk portal-portal antarabangsa.

Ini kerana jawatan dan portfolio yang disandangnya mungkin kedengaran jangal dan pelik bagi ramai orang khususnya rakyat di negara kita.

Tetsushi Sakamoto seorang ahli parlimen Jepun, telah dilantik menjadi Menteri Kesunyian atau dalam bahasa inggerisnya Minister of Lonliness oleh Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga pada minggu lalu.

Namun apakah peranan Sakamoto & kenapa dia diberikan jawatan berkenaan ?

Foto : Mashable SEA

Pelantikan portofolio menteri kesunyian/kesepian ini sebenarnya adalah usaha tambahan kerajaan jepun untuk menangani masalah kematian akibat bunuh diri disana.

Ini kerana negara matahari tersebut merupakan salah satu negara yang paling banyak kes membabitkan bunuh diri di dunia.

Malah jumlah kematian akibat bunuh diri disana juga sangat menakutkan iaitu melebih 20,000 orang setiap tahun dengan kadar kematian sekitar 14.9 kes bagi setiap 100,000 individu.

Namun jawatan ini bukanlah jawatan yang terlalu pelik sebenarnya, ini kerana negara seperti UK sudahpun mempunyai Menteri Kesunyian-nya sendiri. Malah Australia juga sedang mempertimbangkan perkara yang sama.

Masalah kesihatan dan ekonomi antara punca kes bunuh diri di sana. Foto : Nippon

Gambaran ringkas :

Sejak 1978, negara jepun telah bertarung dengan isu bunuh diri atau dipanggil 自殺, jisatsu. Kes bunuh diri sana begitu meruncing malah angka berkenaan terus meningkat saban tahun.

Dengan kebanyakan kes disebabkan masalah kesihatan dan ekonomi, kerajan mereka kemudiannya mula giat melancarkan pelbagai inisiatif antaranya dengan mengadakan kempen anti bunuh diri, penggubalan undang-undang dan beberapa lagi langkah tambahan.

Mula dilihat membuahkan hasil selapas catat 10 tahun penurunan kes namun Covid-19 kembali meningkatkan angka kematian

Usaha berkenaan yang pada mulanya dilihat sudah menampakkan hasil selepas mencatatkan 10 tahun penurunan berturut-turut, kes bunuh diri kembali memburuk selepas penularan wabak Covid-19.

Malah angka kematian akibat bunuh diri juga lebih tinggi dari kematian akibat Covid-19.

Fakta ringkas : Angka kes pada tahun 2019 telah mencatatkan kematian bunuh diri paling rendah sejak 1978 iaitu sebanyak 19,959  kes.

Jadi apa peranan Sakamoto?

Untuk kenal pasti punca dan cara tangani kes bunuh diri

Dengan pelantikan tersebut, Tetsushi Sakamoto kini bertanggungjawab menyelaras usaha dan inisiatif di beberapa kementerian dan agensi bagi mencari penyelesaian masalah bunuh diri disana.

Selain itu sesuai dengan nama jawatannya, Sakamoto juga ditugaskan untuk mengatasi masalah kesunyian serta tekanan dan fenomena pengasingan diri iaitu Hikikomori yang turut menjadi penyumbang kepada kes bunuh diri.

Malah Perdana Menteri berharap kewujudan portolio tersebut dapat menyelesaikan masalah berkenaan yang sudah menghantui masyarakat mereka sejak puluhan tahun lamanya.

“Golongan wanita lebih mudah rasa terasing yang menyebabkan terdapat peningkatan bunuh diri.

“Saya harap Sakamoto dapat mengenal pasti punca dan mengemukakan strategi yang komprehensif,” kata Suga.

Sebagai langkah pertama dia dijangka menubuhkan pasukan khas selain mengadakan forum dengan kumpulan sokongan dalam bulan ini juga.

“Saya berharap dapat mula menjalankan aktiviti yang boleh membantu mengelak rasa sunyi dan pengasingan sosial serta menjaga hubungan dalam komuniti,” kata Sakamoto yang turut bertanggungjawab untuk mengatasi masalah penurunan kadar kelahiran di negara matahari terbit itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.