fbpx
Now Reading
Ekzos Motor Atau Kereta Anda Bising? Anda Sebenarnya Berisiko Didenda & Dipenjara 6 Bulan

Ekzos Motor Atau Kereta Anda Bising? Anda Sebenarnya Berisiko Didenda & Dipenjara 6 Bulan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika anda ingat sekitar minggu lalu, Berita Harian melaporkan mengenai kejadian seorang warga emas yang menembak sebuah Perodua Myvi menggunakan senapang angin di Taman Ulu ChohIskandar Puteri.

Gambaran sebenar : Difahamkan kejadian berkenaan berlaku kerana warga emas terbabit terlalu berang dengan pemandu kenderaan berkenaan yang kerap menguji bunyi ekzos Perodua Myvi-nya hingga mengganggu jiran-jiran lain.

Senapang angin yang digunakan

Sehubungan itu sepasukan polis menahan seorang lelaki berumur 63 tahun yang mempunyai rekod jenayah lampau di sebuah rumah dalam kawasan yang sama.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, kes berkenaan akan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

Bagaimana pula dengan pengadu/ pemandu Myvi berkenaan ?

Tahukah anda? : Mengubahsuai ekzos kenderaan juga adalah salah, justeru tindakan pemandu berkenaan juga adalah tidak benar.

Meskipun tidak seberat menembak menggunakan senapang, mereka yang mengubahsuai ekzos juga boleh berdepan hukuman.

Foto Y15 sekadar hiasan Foto : Paultan

Boleh dipenjara 6 bulan atau denda sehingga RM2,000

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata, pemilik yang mengubahsuai ekzos kenderaan sehingga mengganggu ketenteraman awam boleh dipenjara sehingga enam bulan atau didenda sehingga RM2,000, jika disabitkan.

Apa kata mereka :

“Mengikut Kaedah 103 Kaedah-Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembinaan Dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959) setiap ekzos (dengan penyenyap) yang dipasang pada kenderaan bermotor hendaklah pada setiap masa diselenggarakan supaya berada dalam keadaan yang baik.

“Ia juga perlu dipastikan tidak diubah suai sehingga menyebabkan bunyi bising. Mana-mana individu yang membuat pengubahsuaian sedemikian adalah melakukan satu kesalahan mengikut kaedah berkenaan.

Mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987, motor boleh disita mengelakkan daripada kesalahan berulang.

“Penggunaan ekzos bising ini menjadi trend semasa golongan muda kerana dikatakan dapat meningkatkan kelajuan motosikal dan juga mencantikkan fizikal motosikal tersebut.

“Pihak JSPT sentiasa mengadakan Operasi Bersepadu dengan jabatan dan agensi yang lain termasuk Jabatan Alam Sekitar (JAS),” kata Azisman Alias.

Sebarang pengubahsuaian yang ingin dilakukan hendaklah mendapatkan kelulusan daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.