fbpx
Now Reading
Ini Cara Semak Status GKP Tambahan Yang Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini, 24 Mac

Ini Cara Semak Status GKP Tambahan Yang Boleh Dilakukan Mulai Hari Ini, 24 Mac

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dapatkan isu trending, tips, berita semasa dan berita hiburan terhangat dan terpantas menerusi telegram disini !

Umum pasti mengetahui yang kerajaan baru-baru ini menerusi Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) telah mengumumkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan.

Bantuan ini dikhususkan untuk  PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa pada bulan Januari dan Februari 2021 manakala bantuan sebanyak RM500 diberikan kepada PKS mikro di negeri bukan PKP.

Terbaru hari ini, 24 Mac semakan bagi bantuan Geran Khas Prihatin (Tambahan) ini sudah mula boleh disemak oleh orang ramai di Portal GKP.

Untuk menyemak sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari Portal Rasmi Geran Khas Prihatin di sini atau ‘copy dan paste’ https://gkp.hasil.gov.my ke browser anda. Tekan butang log masuk di sebelah kanan atas.

2.Log masuk ke laman GKP menggunakan ID pengguna (no kad pengenalan) dan sahkan kata kunci keselaman anda sebelum memasukkan kata laluan yang telah didaftarkan.

Status kelulusan GKP Tambahan PERMAI akan dipaparkan bersama maklumat bayaran seperti di bawah.

Menerusi kenyataan media oleh Kementerian Kewangan Malaysia pada Isnin lalu, semua PKS mikro yang telah diluluskan di bawah GKP 1.0 dan GKP 2.0 sebelum ini akan menerima bayaran GKP Tambahan secara berperingkat mulai 25 Mac 2021.

Untuk maklumat lanjut berhubung status semakan GKP Tambahan PERMAI, sila rujuk laman web LHDN  www.hasil.gov.my

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.