fbpx
Now Reading
Penebusan Kredit e-Belia RM150 Untuk Belia Dan Pelajar Sepenuh Masa Dibuka Mulai 1 Jun

Penebusan Kredit e-Belia RM150 Untuk Belia Dan Pelajar Sepenuh Masa Dibuka Mulai 1 Jun

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kementerian Kewangan telah mengumumkan sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2021 iaitu Program e-Belia yang dijangka bakal memanfaatkan 2 juta belia dan pelajar sepenuh masa yang berumur antara 18 hingga 20 tahun.

Peruntukan sebanyak RM300 juta ringgit belia warganegara Malaysia yang layak akan mula dibuka mulai 1 Jun 2021. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meringankan beban kewangan dan juga sebagai usaha menggalakkan perbelanjaan tanpa tunai.

Seperti yang kita sedia maklum, sebelum ini RM200 juta ringgit telah diperuntukkan kepada golongan ini dan telah menerima RM100 kredit e-tunai. 

Tetapi menerusi PEMERKASA, sebuah penambahbaikan telah dilakukan dimana jumlah peruntukan kini dinaikkan sebanyak RM300 juta ringgit dan setiap individu yang layak bakal menerima RM150 e-kredit.

Kepada belia dan pelajar yang layak dan melepasi syarat, manfaatkan inisiatif ini dan jangan lepaskan peluang untuk memohon!

Anda boleh menebus semua ini menerusi aplikasi :

#1 BigPay 

#2 Boost

#3 Shopee 

 #4 Touch ‘n Go e-Wallet

Kredit Foto: Inside Retail

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.