fbpx
Now Reading
Keputusan SPM 2020 Diumumkan Esok 10 Jun, Ini Cara Lakukan Semakan Atas Talian Dan SMS

Keputusan SPM 2020 Diumumkan Esok 10 Jun, Ini Cara Lakukan Semakan Atas Talian Dan SMS

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang sangat penting buat setiap individu untuk mengejar cita-cita dan masa depan yang cerah. Ianya adalah titik pemula yang boleh membuka peluang untuk segala perancangan hidup.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan keputusan SPM 2020 boleh dilakukan esok 10 Jun 2021 ,bermula dari jam 10 pagi.

Buat yang masih tertanya-tanya cara untuk membuat semakan, ianya boleh diakses secara atas talian di portal rasmi MOE atau melalui SMS.

Secara atas talian, para pelajar boleh melayari link MyResult1 atau MyResult2 untuk mendapatkan keputusan penuh.

Melalui atas talian

Link pautan: https://myresult1.moe.gov.my atau https://myresult2.moe.gov.my

Melalui SMS

Taip: SPM<jarak>No Kad Pengenalan<jarak>No Angka Giliran dan hantar ke 15888

Contoh: SPM 992806096551 KC003B093

Bagaimana dengan mereka yang tiada capaian internet?

Buat pelajar yang tidak mempunyai capaian internet, pihak dari Jabatan Pendidikan Negeri atau Pendidikan Daerah akan mengenalpasti pelajar tersebut dan memberi cadangan yang sesuai untuk mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing.

Sebagai rekod seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 mulai 22 Februari lalu dengan  peperiksaan diadakan dalam keadaan norma baharu, berikutan penularan jangkitan COVID-19.

Jadi buat para pelajar yang bakal menerima keputusan SPM esok, semoga semua usaha yang telah anda berikan berjaya membuahkan hasil. Tak dinafikan pembelajaran atas talian memang amat sukar dan mencabar. Good luck!

Foto Kredit: Change, Berita Viral Terkini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.