fbpx
Now Reading
5 Destinasi Menarik Di Malaysia, Nampak Macam Dekat Overseas!

5 Destinasi Menarik Di Malaysia, Nampak Macam Dekat Overseas!

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pasti ramai yang rindu untuk bercuti kan? Situasi pandemik yang sedang dihadapi di negara ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada industri pelancongan.

Tapi sekiranya keadaan dah kembali pulih, boleh lah kita bercuti puas-puas. Sebagai persiapan, berikut merupakan senarai lima destinasi yang menarik yang boleh anda dikunjungi di Malaysia. Menariknya, tempat-tempat ini nampak macam di overseas tau!

#1 Japanese Village, Colmar Tropicale

Perkampungan Jepun ini dikelilingi dengan kehijauan flora dan fauna dengan suasananya yang menenangkan. Anda juga berpeluang memakai kimono sambil merasai pengalaman upacara minum teh tradisional Jepun. Sesuai buat yang teringin dan belum menjejakkan kaki ke negara matahari terbit itu!

Foto: Berjaya Hills
Foto: Berjaya Hills
Foto: Berjaya Hills

#2 Astaka Morocco

Tempat tumpuan pelancong yang bertempat di Putrajaya ini mengetengahkan architecture dan seni Morocco. Bangunan ini dihiasi dengan ukiran dinding dan pintu termasuklah corak geometri, reka bentuk dan kaligrafi Arab. Buat penggemar latar belakang dan suasana Timur Tengah, ini tempat yang paling sesuai untuk anda kunjungi. Dan semestinya memang Insta-Worthy!

Foto: Illa Shanahila
Foto: The Nat Channel

#3 Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang

Sekali imbas, tempat ini memang nampak macam di New Zealand. Terletak di kawasan Gunung Kinabalu, Desa Cattle Dairy Farm menawarkan salah satu pemandangan yang paling menakjubkan anda pernah lihat. Sejuk pun sejuk tau!

Foto: Jom Jalan
Foto: Sabah Up2date
Foto: Huislaw

#4 Colmar Tropicale, Berjaya Hills

Sama sekali tak lari dengan konsep Perancis, perkampungan dan hotel ini mendapat inspirasi daripada bandar Colmar di Alsace, Perancis. Selain daripada tempat penginapan ini, anda juga boleh mencuba pelbagai aktiviti menarik seperti merasai makanan autentik Perancis, mencabar adrenalin di Adventure Park dan pelbagai lagi.

Foto: Hauwitohuang
Foto: Viator
Foto: Vegan Travel

#5 The Banjaran Hotsprings Retreat

Dibina di sekitar keindahan alam semulajadi, tempat percutian air panas ini merupakan yang pertama di Malaysia menawarkan ketenangan kepada pengunjungnya. Kecantikan persekitarannya sangat mengagumkan. Antara tempat yang boleh menjadi kegemaran di The Banjaran adalah Geothermal Hot Springs Dipping Pools, Ice Baths, Crystal Cave dan sebagainya.

Foto: Luxurious Magazine
Foto: IG @kylieewongg
Foto: Says
Foto: Luxurious Magazine

Menarik kan? Kalau macam ni dah tak perlu melancong jauh-jauh pun tak apa. Boleh lah ajak ahli keluarga melancong ke tempat-tempat ini selepas keadaan dah kembali pulih!

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.