fbpx
Now Reading
Sahut Kempen Bendera Putih, 99 Speedmart Agih 1000 Pek Barang Keperluan Setiap Hari Hingga 14 Julai Ini

Sahut Kempen Bendera Putih, 99 Speedmart Agih 1000 Pek Barang Keperluan Setiap Hari Hingga 14 Julai Ini

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seperti umum ketahui, ramai yang terkesan dari segi kewangan telah mengikut serta mengibarkan bendera putih untuk mendapatkan bantuan makanan dan keperluan harian.

Perkara ini terpaksa dilakukan disebabkan oleh kesusahan yang dilalui kerana tidak lagi mempunyai sumber pendapatan dan sebagainya untuk menampung kehidupan seharian.

Kempen kibarkan bendera putih

Rasa terpanggil untuk turut serta dalam kempen kibarkan bendera putih ini, kedai serbaneka 99 Speedmart tampil menghulurkan bantuan buat golongan yang memerlukan.

Pengumuman tersebut telah dibuat melalui sebuah posting di Facebook 99 Speedmart untuk memanggil orang ramai bersama-sama menjayakan program ini.

Sedia 1000 pek barang keperluan asas setiap hari

Difahamkan pasaraya tersebut menyediakan 1000 pek barang keperluan asas secara percuma pada setiap hari. Malah, mereka juga telah meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai rumah yang mengibarkan bendera putih di kawasan kejiranan.

Buat yang ingin turut serta membantu individu yang memerlukan, anda cuma perlu berikan alamat tempat tinggal dan gambar rumah beserta dengan bendera putih digantung melalui WhatsApp 010-5000099 atau direct message (DM) Facebook 99 Speedmart.

Foto: 99 Speedmart

Berikut merupakan beberapa maklumat penting berkaitan bantuan yang bakal disalurkan:

#1 Kempen bermula 1 Julai 2021 sehingga 14 Julai 2021.

#2 Jangka masa penghantaran 24 jam.

#3 Kediaman yang berhampiran dengan cawangan 99 Speedmart sahaja.

Buat yang gusar kerana tidak mampu untuk membantu jiran ada melibatkan wang ringgit, ini merupakan peluang keemasan yang perlu anda rebut. Marilah bersama-sama menolong orang yang memerlukan!

Kredit Foto: Steven Sim Chee Keong

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.