fbpx
Now Reading
Awas! Kajian Dapati Lipas Kini Makin Kebal & Susah Dihapuskan Dengan Racun Serangga

Awas! Kajian Dapati Lipas Kini Makin Kebal & Susah Dihapuskan Dengan Racun Serangga

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lipas merupakan serangga perosak yang sering ditemui dalam perabot seperti kabinet atau laci terutama di ruang dapur. Ia juga dikenali sebagai sejenis serangga yang suka tinggal di tempat yang kotor dan berbau.

Dengan kehadirannya sahaja boleh membuatkan ramai orang lari lintang-pukang sehingga menjerit meminta tolong.

Foto: Freepik

Menerusi satu kajian yang dilakukan Universiti Purdue di Amerika Syarikat, lipas pada masa kini ini sudah berevolusi dan agak susah untuk dibunuh.

Kajian terebut bertujuan untuk membuktikan bahawa kekebalan lipas terhadap bahan kimia telah menjadi penghalang kepada kawalan serangga di Jerman sejak daripada tahun 1950-an.

Mampu bertahan dari bahan kimia

Foto: South China Morning Post

Difahamkan bagi proses ujikaji tersebut, mereka telah menggunakan satu spesies lipas Jerman yang didedahkan kepada pelbagai jenis racun serangga selama 6 bulan. Hasil kajian tersebut menunjukkan lipas bukan sahaja mampu bertahan daripada bahan kimia, malah ia boleh menjadi semakin kebal. Lebih mengejutkan, anak-anak lipas juga boleh mewarisi kekebalan yang sama.

Menurut ketua penyelidik kajian Michael E Scharf, lipas dari jenis ini telah berevolusi untuk bertahan daripada racun serangga dan ia merupakan suatu isu yang sangat membimbangkan.

”Ini merupakan cabaran dalam kajian lipas yang belum disedari sebelum ini.

”Lipas membangunkan daya tahan kepada beberapa jenis racun serangga. Ini akan menyukarkan manusia untuk mengawal serangga ini kerana hampir mustahil untuk menghapuskan dengan hanya menggunakan bahan kimia.”

Mungkin boleh guna perangkap

Contoh perangkap lipas
Foto: Dropezada

Perkara ini sangat membimbangkan kepada mereka yang geli atau takut kepada lipas. Jika racun serangga tidak mampu untuk menghapuskan lipas, mungkin selepas ini anda perlu menggunakan kaedah-kaedah lain seperti menggunakan perangkap.

Selain itu mungkin anda perlu menggunakan pembersih hampagas atau sebaiknya menjaga kebersihan.

Foto: Live Science

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.