fbpx
Now Reading
Hanya Guna MySejahtera, Ini Cara Mudah Untuk Tahu SOP Sahih & Terkini PPN Mengikut Negeri Anda

Hanya Guna MySejahtera, Ini Cara Mudah Untuk Tahu SOP Sahih & Terkini PPN Mengikut Negeri Anda

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan, kewujudan beberapa Fasa Pelan Pemulihan Negara iaitu Fasa 1, 2 dan 3 serta PKPD yang dilaksanakan mengikut negeri atau kawasan dilihat agak efektif dalam mengekang penularan wabak Covid-19 di dalam negara.

Namun perkara ini dilihat menjadi sedikit masalah buat sesetengah orang terutamanya apabila ada kemudahan atau pengecualian baru yang diumumkan kerajaan.

Yelah, kita sebaik mungkin mahu mematuhi undang-undang bukan? Tapi bila nak rujuk SOP kadang kala tak tau dimana nak dapatkannya bukan?

Namun tahukah anda, sebenarnya semua SOP terkini yang terbaharu baik untuk negeri di Fasa 1,2 ,3 ,4 ataupun PKPD sebenarnya boleh diakses hanya dengan menggunakan aplikasi MySejahtera.

Nak tahu caranya? Jom ikuti cara-caranya di bawah :

#1 Masuk ke aplikasi MySejahtera & Tekan More pada tab ‘MySejahtera’

#2 Pilih Standard Operating Procedudure (SOP)

#3 Tatal ke bawah & Pilih jenis pelaksanaan Fasa PPN di tempat anda

Anda akan terus di bawa ke laman MKN. Tatal ke bawah & pilih jenis pelaksanaan Fasa PPN di tempat anda. Urutannya bermula dari PKPD, Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Fasa 4.

#4 Pilih SOP yang anda mahukan

Sekarang pilih SOP yang anda mahukan. Pastikan tarikh yang anda pilih adalah tarikh terbaharu SOP tersebut. Sebagai contoh Fasa 1, kemudahan tambahan yang diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk sektor sosial dan ekonomi, untuk mereka yang sudah lengkap vaksin adalah bertarikh 20 Ogos 2021.

Selesai! Anda kini boleh menyemak SOP PPN mengikut fasa yang anda mahukan

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.