fbpx
Now Reading
Lorong MyRFiD Gagal Berfungsi? Usah Panik! Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan

Lorong MyRFiD Gagal Berfungsi? Usah Panik! Ini Langkah Yang Patut Anda Lakukan

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap hari semakin banyak teknologi baru dihasilkan dalam memudahkan urusan harian manusia.

Dalam urusan membayar tol di lebuhraya pula, jika dahulu kita hanya diperkenalkan dengan pembayaran tiket secara manual diikuti Touch n Go dan Smart Tag, kini teknologi RFID pula yang mula digunapakai.

Mula diperkenalkan kepada pengguna jalanraya di Malaysia sejak Januari 2018, teknologi sistem pengecaman frekuensi radio (RFID) boleh lagi dikatakan baru malah penggunaannya juga masih belum menyeluruh dan beransur-ansur diperluaskan ke seluruh negara

Disebabkan itu tidak mustahil terdapat pelanggan yang mengalami kesukaran atau kegagalan untuk melakukan pembayaran tol menerusi teknologi RFID ini sewaktu di lebuhraya.

Jika perkara sebegini terjadi usah khuatir, PLUS Malaysia Berhad  menerusi laman Facebook rasminya telah berkongsi kepada orang ramai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya lorong MyRFID gagal berfungsi.

Jom ikuti perkongsiannya di bawah:

Perkara yang perlu dilakukan sekiranya lorong MyRFID gagal berfungsi

Khusus kepada pelanggan RFID Lebuhraya PLUS di Wilayah Utara, yang melakukan pembayaran tol menerusi teknologi RFID di plaza tol di Jambatan Pulau Pinang, laluan Sungai Dua-Hutan Kampung dan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Dapatkan bantuan petugas tol di lorong apabila lorong MYRFID gagal berfungsi. Kekal tenang dan jangan panik. Jangan lupa untuk memakai pelitup muka apabila ingin mendapatkan bantuan daripada petugas kami di lorong tol.

1. Tekan butang interkom di lorong untuk mendapatkan bantuan petugas tol
2. Petugas di lorong tol akan menyediakan pengimbas mudah alih untuk membantu transaksi tol anda .
3. Pastikan anda memakai pelitup muka untuk mendapatkan bantuan demi keselamatan bersama.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.