fbpx
Now Reading
Berdepan Penerbangan ‘Overbooked’? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cara Selesaikannya, Ketahui Hak Anda

Berdepan Penerbangan ‘Overbooked’? Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Cara Selesaikannya, Ketahui Hak Anda

Menurut lelaki terbabit, sebagai pelanggan anda boleh menuntut pampasan mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, isu seperti ‘flight delays’ dan juga sistem ‘down’ di lapangan terbang sering kali terjadi dan menjadi bualan hangat pengguna media sosial.

Lebih teruk, ada juga yang berhadapan dengan masalah penerbangan ‘overbooked’ di mana jumlah tiket yang dijual melebihi kapasiti tempat duduk yang disediakan.

Hal ini pasti akan mengecewakan para penumpang terutamanya yang mempunyai hal kecemasan atau yang sedang dalam ‘mood’ untuk bercuti.

Kongsi pengalaman cara tangani isu ‘overbooked’

Susulan itu, seorang lelaki yang kerap mengembara ke serata negara dengan menggunakan penerbangan tempatan tampil berkongsi cara terbaik menyelesaikan isu-isu sebegini.

Menerusi ciapan di laman Twitter akaun @akram_hakura1, lelaki tersebut pernah menghadapi situasi yang sama dimana dia tidak boleh mendaftar (check-in) kerana penerbangan ‘overbooked’.

Lantaran itu, lelaki tersebut menghubungi rakannya yang bekerja di syarikat penerbangan itu untuk bertanya jalan penyelesian yang ada.

Mohon tukar jadual penerbangan di kaunter

Menurut rakannya, dia disarankan untuk pergi ke lapangan terbang tersebut dan meminat untuk menukar jadual penerbangannya di kaunter.

Bertindak mengikut nasihat rakannya, lelaki itu telah tiba di kaunter penerbangan 3 jam lebih awal daripada jadual penerbangannya.

Namun malangnya, jadual bagi penerbangan pada hari tersebut telah penuh, lantas lelaki terbabit tiada pilihan selain mengambil penerbangan keesokkan harinya.

Walaupun sedang berhadapan dengan situasi sebegitu, lelaki terbabit tetap bersabar dan tidak memperbesarkan hal tersebut memandangkan dia hanya berseorangan.

Ketahui hak anda sebagai pelanggan, pampasan yang boleh dituntut

Tambahnya, sebagai pelanggan jika berlaku perkara sebegini maka anda boleh menuntut pampasan yang layak seperti makanan, panggilan telefon yang terhad dan akses internet.

Bukan itu sahaja, malah anda boleh menuntut tempat penginapan untuk satu malam (atau lebih bergantung pada keperluan), pengangkutan dari hotel ke lapangan terbang secara percuma, dan pembayaran balik tiket penerbangan bagi yang mahukan ‘refund’.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pampasan ini, sila rujuk di flysmart.my.

Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu para penumpang jika berhadapan dengan situasi yang sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.