fbpx
Now Reading
Tambang e-hailing Terlalu Tinggi? ‘Turn On’ Tetapan Ini Di Aplikasi Grab

Tambang e-hailing Terlalu Tinggi? ‘Turn On’ Tetapan Ini Di Aplikasi Grab

Ini bukan lah kupon atau diskaun dan anda mungkin perlu menunggu masa yang sesuai untuk dapatkan pengurangan tambang ini, tetapi ia tetap dapat berjimat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini, kecoh dengan berita penutupan sementara waktu laluan LRT Kelana Jaya dari stesen Kelana Jaya hingga ke stesen Ampang Park selama seminggu bermula hari ini (9 November).

Susulan itu, para pengguna harus mencari alternatif lain seperti menaiki perkhidmatan bas atau e-hailing untuk ke tempat kerja.

Peningkatan jumlah pengguna mendadak, masa menunggu lama

Peningkatan jumlah pengguna yang luar biasa ini menyebabkann masa menunggu akan menjadi lama kerana permintaan terhadap servis tersebut telah mengatasi jumlah pemandu yang ada.

Ciri baharu, notifikasi penurunan harga

Bagaimanapun, ini adalah tip berguna buat pengguna aplikasi Grab apabila terdapat ciri yang boleh memberitahu penumpang apabila berlaku penurunan harga tambang.

Menurut laman web https://help.grab.com, “fare alert” perlu diaktifkan pada aplikasi telefon untuk berfungsi.

“Kami secara automatik akan memerhatikan penurunan tambang penurunan tambang di ‘background’ selama 15 minit tanpa perlu anda melakukan semakan tambang berulang kali secara manual.

“Bagaimanapun, jika anda belum menerima pemberitahuan tentang penurunan tambang, anda perlu menetapkan ‘Fare Alert’ sekali lagi selepas 15 minit untuk dimaklumkan semula,” menurut panduan itu.

Foto: help.grab

Pengguna mempunyai 5 minit untuk membuat tempahan

Menurut laman web tersebut, pengguna hanya diberi masa selama 5 minit untuk membuat tempahan selepas mereka mendapat notifikasi penurunan tambang tersebut.

Pemandu grab juga akan disediakan dengan insentif tambahan untuk memandu ketika waktu puncak dan dinasihati berada berdekatan kawasan stesen LRT yang terjejas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.