Ramai Anak-Anak Tersilap, Ini Amalan Yang Harus Dilakukan Jika Rindukan Arwah Ibu Bapa Kita
Bukan sekadar menyimpan barang warisan dan gambar arwah ibu bapa, sebaliknya mereka memerlukan kiriman doa daripada anak-anak dan pelbagai lagi daripada anak-anak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebagai seorang anak, perkara yang paling ditakuti pastinya di saat pemergian ibu atau ayah ke negeri abadi.
Namun begitu, sebagai anak yang soleh dan solehah, kita harus sentiasa melakukan perkara yang terbaik untuk ibu dan ayah walaupun selepas mereka sudah meninggal dunia.
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Pakar diari hati, terdapat beberapa kesilapan besar yang dilakukan oleh anak-anak selepas ibu atau ayahnya meninggal dunia.
Namun carian mendapati perkongsian ini sudah mula dikongsikan di Facebook pada tahun 2019 oleh pemilik akaun Bin Norhafez Mat Yusof.
Sebagai rujukan anda, di bawah kami kongsikan beberapa kesilapan besar yang dilakukan oleh anak-anak dan perkara yang sepatutnya dilakukan buat orang tua mereka.
Antara kesalahan yang dilakukan anak-anak
- Hanya menggantung gambar orang tua di dinding rumah atau simpan gambar itu di dalam dompet.
- Hanya menyimpan barang yang ditinggalkan oleh ibu bapa, dijaga dengan rapi atau diwariskan kepada orang lain untuk menjaganya.
- Sering pergi ke kubur hanya untuk membersihkan kawasan kubur dan mencabut rumput yang tumbuh.
- Malah ada juga yang hanya menangis dan bersedih sepanjang masa teringat akan arwah ibu bapanya.
Sebenarnya, bukan itu yang arwah ibu bapa mahu, harap, dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh, ada yang lebih utama daripada itu.
Sebagai seorang anak, adalah wajib untuk meneruskan bakti dan khidmat kepada arwah ibu bapa, sememangnya mereka amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak.
Antara perkara yang perlu dilakukan anak-anak
- Doakan keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.
- Sedekah dan amal jariah yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.
- Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.
- Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibu bapa.
- Pahala baca surah al-Fatihah yang disedekahkan oleh anak-anak setiap hari untuk arwah ibu bapa.
Setelah matinya seorang insan yang bergelar ibu atau bapa, pasti segalanya akan berubah dan tidak sama seperti dahulu lagi.
Di alam barzakh, segala nikmat duniawi sudah tidak berguna lagi. Hilang sudah senda gurau, gelak tawa, perhiasan indah atau harta dunia.
Yang bernilai di alam sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim oleh anak-anak buat mereka.
Semoga ibu bapa kita sesuatu hari nanti apabila sudah meninggal dunia akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.