fbpx
Now Reading
Lelaki Kongsi Tips Mudah Lepasi Pemeriksaan Imigresen UK

Lelaki Kongsi Tips Mudah Lepasi Pemeriksaan Imigresen UK

Pemandu pelancong dikenali sebagai Mohd Afiq berkata ramai anak muda dilihat tidak melepasi pemeriksaan imigresen di Lapangan Terbang Gatwick London atas faktor-faktor tertentu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melancong ke luar negara pasti merupakan antara impian orang ramai. Bukan sahaja untuk bersiar-siar tetapi juga bagi mengenali budaya asing yang berbeza dengan Malaysia.

Pun begitu, melepasi pemeriksaan kastam bukanlah satu perkara yang mudah. Di sesetengah negara, ada sahaja soalan yang akan ditanya sebelum melepasi imigresen.

Jika kurang bernasib baik, anda akan ditahan selama berjam-jam lamanya sebelum dapat memasuki negara tersebut.


Ramai Anak Muda Tidak Lepas Imigresen Di Lapangan Terbang Gatwick, London

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@themohdafiq) apabila seorang pemandu pelancong dikenali sebagai Mohd Afiq berkongsi perkara yang dilihat olehnya sewaktu berada di London, United Kingdom (UK).

Jelasnya, ramai individu terutamanya golongan anak muda ditahan dan tidak melepasi imigresen di Lapangan Terbang Gatwick London atas pelbagai faktor.

Lapangan Terbang Gatwick. Sumber: Airport World

Kebiasaannya, individu tidak melepasi imigresen kerana tidak dapat menjawab soalan yang ditanya oleh pihak berkuasa di sana. Perkara tersebut kemudian membuatkan pihak imigresen berasa curiga tentang tujuan sebenar anda kunjungi negara berkenaan.

Jika anda bernasib baik, anda akan dilepaskan selepas disiasat, namun ada juga kes di mana pelancong di arah pulang semula ke tanah air.

Baca Artikel Berkaitan: Rakyat Malaysia Dihalau Imigresen Korea Selatan Gara-gara Mahu Bantu Adik Di Lapangan Terbang

Baca Artikel Berkaitan: Pelancong Dari Malaysia Disekat Imigresen Korea, Netizen Kongsi Tips Untuk Lepas


Pemandu Pelancong Kongsi Tips Agar Tak Ditahan Pihak Imigresen

Cakna tentang perkara itu, Afiq telah berkongsi beberapa tips yang boleh dilakukan oleh orang ramai khususnya buat mereka yang berniat untuk melancong ke luar negara.

Tips ini sekaligus akan memudahkan urusan anda apabila berada di imigresen. Antaranya:

#1. Pastikan Pasport Tidak Kosong

Tips pertama yang dikongsikan adalah dengan memastikan pasport anda tidak kosong. Hal ini kerana pihak imigresen akan memeriksa setiap halaman pasport anda sama ada ia dipenuhi cop atau tidak.

Namun ia mungkin menjadi satu masalah buat mereka yang pertama kali melancong ke luar negara. Seorang pengguna TikTok menyarankan agar anda menyediakan dokumen lengkap tentang perjalanan di sana jika berada dalam situasi tersebut.

Sumber: BuzzKini/TRP
#2. Hafal Itinerari Perjalanan

Antara soalan utama yang akan ditanya oleh pihak imigresen sekiranya ditahan adalah itinerari perjalanan sepanjang anda berada di negara luar.

Oleh disebabkan itu, adalah penting untuk anda menghafal dan mengambil tahu maklumat mengenai tempat penginapan atau lokasi-lokasi yang akan dilawati.

Sumber: Pexels

Di sini kami kongsikan juga antara petua lain yang boleh anda cuba.

#3. Memakai Pakaian Yang Kemas

Anda juga perlu memakai pakaian yang sopan dan kemas. Hal ini bagi mengelakkan pihak berkuasa di sana beranggapan bahawa anda ke sana untuk bekerja secara haram dan bukannya bagi tujuan melancong.

Sumber: Freepik
#4. Sediakan Duit Tunai

Selain itu, anda perlu menyediakan duit tunai yang mencukupi di tangan. Mungkin ramai di antara kita yang lebih selesa ‘cashless’, tetapi duit tunai memainkan peranan penting ketika melancong.

Di sesetengah imigresen negara asing, mereka akan bertanya sama ada anda membawa duit tunai ataupun tidak bagi memastikan tujuan asal ke sana adalah untuk melawat dan bukannya bekerja.

#5. Kekalkan Rekod Perjalanan Yang Baik

Mengekalkan rekod perjalanan baik tanpa pelanggaran imigresen di luar negara sebelum ini boleh membantu mewujudkan kredibiliti anda sebagai pelancong yang mematuhi undang-undang.

Dalam masa sama, pihak imigresen akan tidak teragak-agak untuk melepaskan anda daripada sekatan kastam.

Sumber: Pexels

Individu Setuju Penguatkuasaan Di London Agak Tegas

Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang berkata penguatkuasaan di London agak tegas.

“Betul, London sekarang memang strict. Kena sedia hotel itinerari, tiket penerbangan dan tren. Kalau muda-muda (melancong secara) solo lagi kena aim,” ujar seorang individu.

Sementara itu, Mohd Afiq juga berkata pelancong hanya perlu membawa pasport baru sahaja sekiranya anda sudah memperbaharui dokumen tersebut.

Sumber: TikTok (@themohdafiq)

Petua Buat Mereka Yang Pertama Kali Bercuti Ke Luar Negara

Buat mereka yang pertama kali nak bercuti ke luar negara, mungkin anda rasa sedikit buntu dan pening kepala tentang persediaan sebelum ke sana.

Namun usah risau, di sini kami kongsikan juga beberapa perkara perlu anda ambil tahu. Antaranya:

Sumber: Pexels/Unsplash
  • Elak tempah tiket penerbangan pada minit terakhir.
  • Mencari tempat penginapan yang berdekatan dengan pengangkutan awam.
  • Perbaharui pasport sekiranya sudah tamat tempoh.
  • Ambil suntikan vaksin untuk elak dijangkiti sebarang penyakit.
  • Dapatkan insurans perjalanan.
  • Tukar duit ke matawang asing negara yang akan dikunjungi dengan jumlah mencukupi.
  • Cetak sebarang e-tiket untuk kegunaan kecemasan.

Baca Artikel Berkaitan: Khairul Aming Dedah Teknik Elak Serbuk & Rempah Masakan Dirampas Pihak Kastam New Zealand

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.