
Hari Malaysia & Maulidur Rasul 2024 Bertindih Pada 16 Sept, Pekerja Dapat Cuti Ganti Atau Tak?
Boleh atau tidak seseorang itu mendapat dua hari cuti umum sempena Hari Malaysia dan Maulud Rasul adalah berdasarkan syarat ditetapkan dalam Akta Kerja 1955.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bila berbicara tentang cuti umum, sudah tentu para pekerja akan berasa teruja dan mula merancang percutian masing-masing.
Antara cuti yang ditunggu-tunggu adalah cuti umum Hari Malaysia yang bakal tiba pada September akan datang.
Pun begitu, masih ramai pekerja yang ragu-ragu tentang bilangan cuti bakal diterima kerana terdapat dua peristiwa berlaku pada hari yang sama.
Apa Berlaku Jika 2 Cuti Umum Bertindih Pada Hari Yang Sama?
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@syakirhr) apabila seorang perunding sumber manusia dikenali sebagai Syakir memberikan penjelasan tentang cuti umum yang bertindih.
Untuk info, terdapat dua jenis cuti umum yang bertindih pada tahun ini iaitu Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024. Kedua-dua hari tersebut jatuh pada 16 September akan datang.
Perkara tersebut membuatkan ramai pekerja di luar sana berasa ragu-ragu adakah mereka mendapat cuti selama satu hari sahaja ataupun dua hari?

Menurut Akta Kerja 1955 di bawah Seksyen 60D, jika mana-mana Hari Kelepasan Am (cuti umum) jatuh pada mana-mana Hari Kelepasan Am yang lain maka hari kerja berikut hendaklah menjadi hari kelepasan berbayar sebagai ganti.
“Katakanlah 16 September ada dua cuti umum bertindih, Hari Malaysia dan Hari Maulud Nabi SAW. Jadi Maulud Nabi SAW ni kita ganti kepada 17 September, bermaksud ada dua hari cuti umum. Pada 16 September dan juga 17 September,” kata Syakir.
2 Syarat Pekerja Dapat Cuti Umum 2 Hari
Pun begitu, akta tersebut hanyalah termaktub kepada dua syarat iaitu:
- Pekerja di sektor swasta sahaja dan;
- Jika majikan mengambil Maulidur Rasul sebagai cuti umum
Kalau anda nak tahu, banyak sahaja syarikat yang tidak mengambil Maulud Rasul untuk salah satu cuti umum para pekerjanya. Sekiranya ya, maka satu cuti umum sahaja diperuntukkan buat para pekerja iaitu untuk Hari Malaysia.
@syakirhr Hari Malaysia dan Maulud Nabi jatuh hari sama #gaji #pontengkerja😜😜😜 #kerjalebihmasa #kerjaovertime #overtime #aktakerja1955 #aktakerja #undangundangmalaysia #undangundang #sumbermanusia #hakmajikan #kerja #harikelepasanam #cutiraya #gajipekerja #cutibersalin #cutisakit #bonus #mengandung #bonustahunan ♬ original sound – Syakir HR Consultancy
Maulidur Rasul Termasuk Dalam Cuti Umum Yang Boleh Dipilih Oleh Syarikat
Memetik Maukerja, Akta Kerja 1955 menjelaskan terdapat dua jenis cuti umum iaitu cuti yang wajib diambil oleh para pekerja dan 6 jenis cuti umum yang dipilih oleh setiap syarikat.
Berikut adalah (5) hari cuti umum wajib yang layak diterima oleh semua pekerja:
- Hari Pekerja (1 Mei)
- Hari Kebangsaan (31 Ogos)
- Hari Malaysia (16 September)
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong
- Hari Keputeraan Yang Dipertuan Negeri atau Hari Wilayah di Wilayah Persekutuan
Antara (6) cuti umum yang boleh dipilih oleh syarikat pula adalah seperti berikut:
- Hari Raya Aidilfitri
- Hari Raya Aidiladha
- Tahun Baru Cina
- Deepavali
- Perayaan Krismas
- Maulidur Rasul
- Hari Wesak
Buat mereka yang berasa ragu-ragu dengan cuti umum pilihan syarikat, anda boleh tanya bos masing-masing tentang cuti umum yang diambil pada tahun ini.
Kerajaan Umum Tiada Cuti Gantian Sempena Cuti Umum Bertindih
Menurut Bahagian Kabinet Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri, memaklumkan tiada cuti gantian akan diberikan susulan pertindihan dua cuti umum tersebut.
Bagaimanapun, pihak kerajaan boleh menetapkan satu hari lain untuk diterima sebagai Hari Kelepasan Am, sekiranya diperlukan.
Daripada penjelasan di atas, kami percaya perkara ini diguna pakai untuk pekerja di bawah sektor kerajaan dan syarikat yang tidak mengambil Maulidur Rasul sebagai cuti umum.

Baca Artikel Berkaitan: This 16 Sept, It’s Malaysia Day & Prophet Muhammad’s Birthday. Do We Get Two Holidays In A Row?