fbpx
Now Reading
Sah Ke Solat Jika Terlupa Tahiyat Awal? Ini Penjelasannya [Video]

Sah Ke Solat Jika Terlupa Tahiyat Awal? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut imam berkenaan, sekiranya tertinggal sujud sahwi solat juga masih dikira sah kerana ia adalah sunat yang dituntut untuk menampung kekurangan dalam solat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Solat merupakan perkara yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam, malah untuk melakukannya seseorang individu perlu mematuhi rukun sah solat yang ditetapkan.

Kita juga turut digalakkan untuk mendirikan solat secara berjemaah bahkan Allah SWT juga menjanjikan ganjaran pahala yang lebih besar iaitu sebanyak 27 kali ganda berbanding solat bersendirian.

Dalam mendirikan solat berjemaah, ia perlulah diketuai oleh seorang imam serta sekurang-kurangnya seorang individu untuk menjadi makmum. Walau bagaimanapun, sebagai manusia adakalanya imam turut melakukan khilaf dalam mendirikan solat sebagai contoh terlupa beberapa rukun dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung mencetuskan kekeliruan dan tanda tanya kepada orang ramai adakah solat yang didirikan bersama imam itu tadi sah.

Solat sah atau tidak jika imam terlupa tahiyat awal?

Baru-baru ini, Masjid Bandar Seri Putra di Selangor telah membuat satu sketsa mengambarkan keadaan sekiranya imam terlupa untuk duduk tahiyat awal sewaktu melakukan solat jemaah.

Umum mengetahui perkara ini adakalanya tidak hanya berlaku ketika solat jemaah, malah ia juga sering berlaku ketika melakukan solat bersendirian.

Menerusi video yang dikongsikan oleh masjid berkenaan di TikTok, awalnya kelihatan dua individu lelaki yang terdiri daripada imam dan makmum sedang menunaikan solat secara berjemaah.

Makmum cuba tegur dengan menyebut ‘Subhanallah’

Namun ketika penghujung rakaat kedua, imam secara tiba-tiba bangun tanpa melakukan tahiyat awal dan meneruskan solatnya (rakaat ketiga). Jemaah kemudian cuba menegurnya dengan menyebut ‘Subhanallah’.

Tegurannya itu langsung tidak disambut oleh imam, disebabkan keadaan tersebut lelaki itu kemudian mengambil keputusan untuk mufaraqah (melakukan solat sendiri tanpa mengikut imam).

Solat tak sah jika dah bangun duduk semula kerana menambah rukun solat

Selesai melakukan solat, imam lalu bertanya mengapa lelaki berkenaan bergerak berasingan. Lelaki terbabit kemudian menceritakan sebabnya.

“Aku dengar je tadi kau tegur aku, tapi kalau aku patah semula duduk balik (tahiyat awal) batallah solat aku.

“Sebab aku menambah rukun (solat) dari sujud aku berdiri, lepas tu aku duduk pula,” jelas imam.

Tahiyat awal adalah sunat Ab’ah, solat tetap sah

Imam tersebut turut menerangkan bahawa tahiyat awal adalah sunat Ab’ad iaitu perkara yang sunat untuk dilakukan dalam solat dan ia bukanlah rukun solat yang wajib dilakukan.

Oleh itu, sekiranya tertinggal solat yang didirikan tetap sah.

“Imam yang mendengar teguran ‘Subhanallah’ itu kebiasaannya mereka faham. Apabila selesai solat imam akan melakukan sujud sahwi. Maka nanti makmum ikut sahajalah imam buat sujud sahwi.”

Boleh lakukan sujud sahwi selepas solat

Namun lelaki itu menyedari imam juga tidak melakukan sujud sahwi selepas selesai menunaikan solat dan bertanya adakah sah jika tak buat sujud sahwi.

“Tiada masalah, sujud sahwi tu pun sunat. Tak buat tahiyat awal, lepas tu sujud sahwi pun tak buat. Solat tetap sah, tetapi apa pun sujud sahwi ni sangat dituntut untuk menampung kekurangan dalam solat.”

Di ruang kapsyen akaun masjid itu mengatakan makmum hanya perlu mengikuti imam yang bangun untuk meneruskan rakaat ketiga tanpa perlu duduk tahiyat awal. Namun perlu memberi teguran kepada imam dengan menyebut ‘Subhanallah’.

“Kemudian ikut berdiri, jangan terus mufaraqah,” katanya lagi.

@masjidbspofficial

Kalau imam terus bangun rakaat ketiga tanpa duduk tahiyat awal, tegur dulu dengan sebut Subhanallah, kemudian bangun follow dia berdiri. Jangan terus mufaraqah. Terima kasih @hollylandmalaysia kerana menyeponsor wireless microphone Hollyland Lark M2 untuk kegunaan content Masjid. Padu kualiti dia🔥 #solatjemaah #masjidbandarseriputra #tahiyatawal #batalsolat

♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra – Masjid Bandar Seri Putra
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.