Jangan Ludah Sesuka Hati, Ini Cara Betul Keluarkan Sisa Makanan Dari Mulut Ketika Solat [Video]
Kelihatan jemaah dari Masjid Bandar Seri Putera, Kajang sedang melakonkan situasi apabila seorang lelaki meludah sisa makanan dalam mulut ketika menunaikan solat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui, sebelum menunaikan solat fardu setiap Muslim diwajibkan untuk menyucikan diri dengan mengambil wuduk terlebih dahulu.
Bagaimanapun, dalam sesetengah kes masih ada juga kekotoran yang tertinggal pada bahagian anggota badan serta pakaian atau sisa makanan dalam mulut yang mungkin boleh menyebabkan solat mereka tidak sah dan terbatal.
Oleh disebabkan itu, adalah penting bagi setiap umat Islam untuk memeriksa dahulu tahap kebersihan diri sebelum memulakan solat tidak kira di rumah, masjid dan sebagainya.
Hukum Jemaah Ludah Sisa Makanan Ketika Solat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok Masjid Bandar Seri Putera, Kajang (@masjidbspofficial) apabila dua orang jemaah sedang menunjukkan satu sketsa semasa menunaikan solat.
Menerusi video perkongsian, kelihatan seorang makmum dikenali sebagai Zi telah meludahkan sesuatu dari mulut ke arah kiblatnya. Menyedari perkara itu, seorang jemaah telah menegurnya sejurus mereka selesai menunaikan solat.
Jelas Zi, terdapat sisa makanan yang terselit celah giginya hingga menyebabkan dia meludah ketika menunaikan solat. Tambah lelaki tersebut, solatnya akan terbatal jika dia bertindak menelan makanan itu.
Berbicara tentangnya, si rakan berkata bahawa perbuatan meludah dalam masjid adalah dilarang.
Cara terbaik untuk menangani perkara ini adalah Zi sepatutnya mengeluarkan sisa makanan itu ke arah sebelah kiri iaitu pada lengan tangan, poket pakaian atau seumpamanya.
Memetik laman Buku Dr Zulkifli, ini berdasarkan riwayat daripada Anas bin Malik R.A bahawa:
أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم رَأَى نُخَامَةً فِي الْقِبْلَةِ، فَشَقَّ ذَلِكَ عَلَيْهِ حَتَّى رُئِيَ فِي وَجْهِهِ، فَقَامَ فَحَكَّهُ بِيَدِهِ فَقَالَ: إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ فِي صَلاَتِهِ، فَإِنَّهُ يُنَاجِي رَبَّهُ ـ أَوْ إِنَّ رَبَّهُ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْقِبْلَةِ ـ فَلاَ يَبْزُقَنَّ أَحَدُكُمْ قِبَلَ قِبْلَتِهِ، وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ، أَوْ تَحْتَ قَدَمَيْهِ. ثُمَّ أَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيهِ، ثُمَّ رَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ، فَقَالَ: أَوْ يَفْعَلْ هَكَذَا
Maksudnya: “Nabi SAW terlihat kahak di kiblat dan Nabi tidak menyukai akan hal itu sehingga terpapar (kemarahan) pada wajahnya. Lalu Baginda SAW pun bangun dan membuang (kahak) dengan tangannya.
“Lalu Baginda bersabda, ‘Apabila seseorang daripada kamu mendirikan solat, sesungguhnya dia sedang bermunajat kepada Tuhannya, atau Tuhannya berada di antara dirinya dan kiblat, maka tidak patut seorang pun meludah ke arah kiblat, tetapi (ludahlah) di sebelah kirinya atau di bawah kakinya.’ Kemudian Baginda SAW mengambil hujung selendangnya, dan meludah kemudian melipat bahagian itu kemudian bersabda, ‘Atau hendaklah orang itu melakukan seperti ini.'”
[Riwayat al-Bukhari (405)]
Kaedah sama juga boleh digunakan jika jemaah mempunyai hingus dan mahu mengelakkan diri daripada tertelan benda itu.
Jemaah Boleh Ludah Bawah Tapak Kaki Jika Di Kawasan Lapang
Untuk info, perbuatan meludah di bawah tapak kaki hanyalah dibenarkan buat mereka yang mendirikan solat di luar masjid iaitu kawasan tanah lapang.
Bagi yang mendirikan solat dalam masjid, maka hendaklah menggunakan cara menyapu atau mencalit pada baju seperti mana yang dianjurkan oleh Baginda SAW.
Menurut Imam Badruddin al-Aini, larangan meludah di dalam masjid adalah untuk memuliakan rumah Allah SWT daripada perkara yang kotor selain menghormati arah kiblat.
Selain itu, adalah sebaiknya untuk meludah di sebelah kiri dan bukan di hadapan sesuatu benda yang dianggap mulia.
@masjidbspofficial Jika ada sisa makanan dalam mulut, boleh dibiarkan saja sampai habis solat, ataupun dikeluarkan. Jangan ditelan. Dapatkan baju raya anda di @Kinza Exclusive. Beli awal tak kalut. #masjidbandarseriputra #kinzaexclusive #kinzayearendsalecontest #meludahketikasolat #solatjemaah #batalsolat ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra
Perkara Yang Boleh Batalkan Solat
Secara umum, ramai di antara kita didedahkan dengan ilmu solat sejak usia kecil lagi. Namun, mungkin ada segelintir di antara kita sudah terlepas pandang atau terlupa tentang perkara-perkara penting yang perlu dititikberatkan ketika sembahyang.
Di sini kami kongsikan perkara-perkara yang boleh membatalkan solat. Antaranya:
- Gerakkan anggota badan tiga kali berturut-turut atau lebih secara berulang kali
- Berkata-kata dengan sengaja
- Meninggalkan rukun solat
- Terkena najis, badan atau pakaian
- Buka aurat dengan sengaja
- Makan atau minum
- Ketawa hingga terkeluar suara
- Hilang ingatan kerana gila atau pitam
- Berpaling dada dari arah kiblat
- Ubah niat semasa solat
- Berhadas kecil atau besar
- Murtad
Baca Artikel Berkaitan: Hukum Solat Sunat Secara Duduk Tanpa Keuzuran
Baca Artikel Berkaitan: [Video] UAI Jelaskan Hukum Qada Solat Dalam Waktu Yang Dilarang Solat
Baca Artikel Berkaitan: Sah Ke Solat Kalau Tutup Mata Hadap Kiblat? Ini Jawapannya