fbpx
Now Reading
Boleh Ke Solat Bila Dah Masuk Waktu Tanpa Dengar Laungan Azan? Ini Penjelasannya [Video]

Boleh Ke Solat Bila Dah Masuk Waktu Tanpa Dengar Laungan Azan? Ini Penjelasannya [Video]

Menurut pendakwah bebas, Ustaz Jafri Mahmoodi, azan bertujuan bagi menandakan masuknya waktu solat fardu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum, menunaikan solat fardu lima waktu sehari adalah kewajipan untuk setiap Muslim tidak kira di mana pun anda berada. Kebiasaannya, anda akan mendengar laungan azan terlebih dahulu sebelum mengerjakan solat.

Hal ini kerana azan merupakan salah satu daripada syiar Islam bertujuan memaklumkan kepada manusia bahawa sudah masuknya waktu solat fardu serta mengajak orang ramai supaya menunaikan solat secara berjemaah.

Bagaimanapun, ramai juga di antara kita yang menunaikan solat walaupun tanpa mendengar dahulu azan dilaungkan oleh bilal di surau atau masjid.

Boleh Ke Solat Terus Tanpa Tunggu Azan Kumandang?

Pendakwah bebas Ustaz Jafri Mahmoodi menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya ada menjelaskan tentang hukum seseorang menunaikan solat sejurus masuknya waktu walaupun tidak mendengar azan berkumandang.

Jelas Ustaz Jafri, kewajipan mendirikan sembahyang bermula dengan masuknya waktu solat dan bukan dengan laungan azan.

Laungan azan itu dikatakan hanya sekadar untuk menandakan masuknya waktu solat fardu tersebut.

“Jadi kalau dah masuk waktu solat, boleh sahaja terus untuk solat walaupun azan belum dilaungkan. Sebagai contoh bilal tiba-tiba lambat laungkan azan. 7.20pm dah masuk waktu, 7.25pm barulah tok bilal laungkan azan.

“Entah apalah yang jadi dekat dia waktu tu kan. Kiranya bila 7.20pm tu dah boleh sahaja untuk terus solat,” jelas beliau.

Memetik Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan pula, individu yang mengerjakan solat ketika azan berkumandang adalah sah solatnya. Ini kerana azan merupakan tanda masuknya waktu solat dan di antara syarat sah solat adalah menunaikannya setelah masuk waktu.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: FB Masjid Wilayah Persekutuan

Lebih Afdal Untuk Dengar Dahulu Azan Jika Tiada Urusan

Pun begitu, sekiranya anda tidak mempunyai sebarang urusan dunia yang perlu dikejarkan, maka adalah afdal dan lebih utama untuk menunggu azan selesai dilaungkan sebelum menunaikan solat fardu.

Dipetik dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ia dikatakan afdal berdasarkan hadis daripada Abdullah bin Amr R.Anhuma, sabda Nabi SAW:

اذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ ثُمَّ صَلُّوا عَلَىَّ فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَىَّ صَلاَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِىَ الْوَسِيلَةَ فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِى الْجَنَّةِ لاَ تَنْبَغِى إِلاَّ لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ فَمَنْ سَأَلَ لِىَ الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ

Maksudnya: “Apabila kamu mendengar seruan muazzin, jawablah seperti mana yang diucapkannya. Kemudian berselawatlah ke atas ku, sesiapa yang berselawat ke atas ku sekali, Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.

“Kemudian mohonlah kepada Allah wasilah untukku iaitu satu kedudukan di dalam syurga yang tidak dikurniakan kecuali kepada seorang di kalangan hamba Allah, dan aku berharap akulah orangnya. Sesiapa yang memohon kepada Allah wasilah untukku pastilah dia mendapat syafaat.”

[Riwayat Muslim (384)]

Sumber: Pexels

Menurut Ustaz Jafri, hukum menjawab dan berdoa selepas azan adalah sunat.

“Kita disunatkan untuk menjawab dan berdoa selepas mendengar laungan azan seperti yang dianjurkan oleh Baginda Rasulullah SAW kerana kelebihan serta fadilatnya.

“Tetapi kalau ada urusan contoh nak masuk kerja ke atau apa-apa perkara yang perlu dilakukan, maka masuk sahaja waktu solat boleh terus sahaja untuk kita solat,” tambah pendakwah itu lagi.

Tonton video [DI SINI].

@jafrimahmoodi_off Boleh ke untuk terus solat walaupun azan belum dilaungkan tapi waktu dah masuk? #foryou #foryoupage #fyp #jafrimahmoodiofficial #ustazjafriabubakarmahmoodi #ustazjafriabubakar #jafrimahmoodi #kompleksislamdarulfaizin #kidaf ♬ original sound – jafrimahmoodi_official

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Solat Fardu Mana Perlu Didirikan Terlebih Dahulu Jika Jamak Takhir? Ini Penjelasan Ustaz Jafri

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Laungan Azan Maghrib Dimainkan Di Tempat Konsert Cetus Perdebatan

Baca Artikel Berkaitan: Hukum Solat Sunat Secara Duduk Tanpa Keuzuran

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.