fbpx
Now Reading
Boleh Ke Sindir Kaki Kutuk Belakang ? Ini Penjelasan UAI [Video]

Boleh Ke Sindir Kaki Kutuk Belakang ? Ini Penjelasan UAI [Video]

Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa sindiran juga dikira sebagai satu bentuk teguran terhadap golongan pengumpat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Lumrah sebagai seorang manusia, bukan semua perkara yang kita lakukan disukai individu lain. Bak kata orang, kita tidak boleh nak puaskan hati semua pihak. Mesti ada sahaja benda yang tidak kena atau individu yang menyimpan sifat hasad dengki.

Namun isu tersebut akan menjadi lebih parah jika pihak itu mula mengumpat di belakang dan memburukkan tentang diri anda di khalayak ramai.

Ia bukan sahaja boleh menghasut orang lain untuk membenci, malah sikap orang lain yang suka bercakap belakang juga boleh mengacau emosi anda.

Boleh Atau Tidak Sindir Individu Yang Bercakap Buruk Belakang Kita

Baru-baru ini, pendakwah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi satu sesi tazikrah di laman YouTube ada menjawab soalan tentang isu berkaitan dengan mengumpat.

Soalan itu berbunyi, “Kawan selalu mengumpat saya. Saya hanya berdiam dan tak buat apa-apa. Tetapi saya selalu menegur buat (muat naik) status dalam WhatsApp, dan dia (rakan yang mengumpat) fikir saya menyindir).”

Menurut UAI, perbuatan menyindir individu yang mengumpat tentang anda adalah dibolehkan. Hal ini kerana, umat Islam perlu menegur individu lain yang melakukan perkara haram.

Dalam konteks ini, perkara haram yang dilakukan si rakan adalah mengumpat.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Sindir Adalah Satu Bentuk Teguran Yang Dibolehkan

Jelas pendakwah itu, sindiran juga dianggap sebagai satu bentuk teguran.

“Bini kita suka tengok televisyen, sampai lewat tunaikan solat. Kita boleh tegur secara langsung, tegur sindir pun boleh. Kalau anak tak perlu sindir. Kita cakap, ‘Tutup TV tu dah maghrib (dalam keadaan jerit).’

“Bini kita boleh buat macam tu? Tak boleh, dia ada mak ayah dia. Jadi ada kalanya kita tegur dengan sindir. Boleh,” kata UAI.

Segelintir Individu Perlu Disindir Kerana Mudah Terasa Jika Ditegur Secara Langsung

Tambah UAI lagi, jenis sindiran adalah berbalik kepada perangai individu yang mahu ditegur. Ada sesetengah individu mudah terasa apabila ditegur secara langsung, oleh disebabkan itu sindiran adalah solusi yang lebih baik.

“Ada orang tak boleh cakap direct, kena sindir-sindir, konar sikit. Tengok kepada orang yang kita nak dakwahkan,” jelas pendakwah itu di akhir perkongsian.

Perbuatan Mengumpat Dilarang Rasulullah SAW

Perbuatan mengumpat dilihat sudah menjadi satu trend di kalangan masyarakat pada masa kini. Kadangkala, ia berlaku tidak kira waktu dengan alasan mahu bergosip.

Firman Allah SWT juga jelas menunjukkan bahawa perbuatan mengumpat ini adalah haram di sisi agama Islam.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِّنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۚ إِنَّ اللَّـهَ تَوَّابٌ رَّحِيمٌ

[Surah al-Hujurat: 12]

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

“Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.”

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Memetik portal Buku Dr Zulkifli, mengumpat dan mencari-cari kesalahan orang lain adalah dilarang oleh Rasulullah SAW. Sebaliknya, seseorang Muslim perlu menyibukkan dirinya dengan perkara yang baik dan tidak terjerumus ke dalam larangan syarak.

Baca Artikel Berkaitan: Jangan Buat Perkara Sia-Sia, Merokok & Mengumpat Boleh Menyebabkan Terluput Haji Mabrur

Baca Artikel Berkaitan: Satu Perbuatan Tajassus, Dr Zulkifli Kongsi Hukum Sebarkan Sesuatu Aib Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: 12 Staf Kantoi Kutuk Bos Dalam Grup WhatsApp, Influencer Buat Laporan Polis & Pejabat Buruh [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.