fbpx
Now Reading
“Jangan Bazir” – Doktor Ini Dedah Kuantiti Ubat Gigi Yang Sepatutnya Diambil Setiap Individu [Video]

“Jangan Bazir” – Doktor Ini Dedah Kuantiti Ubat Gigi Yang Sepatutnya Diambil Setiap Individu [Video]

Doktor gigi dikenali sebagai Dr Habib berkata, pengambilan ubat gigi yang banyak boleh menyebabkan masalah ‘Fluorosis’ (tompok putih) pada gigi kanak-kanak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sejak kecil lagi, kita diajar untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari selama dua minit bagi mengelakkan masalah kerosakan gigi atau mulut berbau.

Dalam masa sama, ramai juga di kalangan masyarakat yang berpendapat bahawa penggunaan ubat gigi yang banyak mampu membuatkan gigi seseorang menjadi lebih putih daripada asal.

Pun begitu, perkara tersebut adalah mitos semata-mata dan boleh membawa padah kepada kesihatan gigi anda.

Baca Artikel Berkaitan: [Tips] Ini 3 Waktu Yang Perlu Anda Elak Untuk Gosok Gigi

Baca Artikel Berkaitan: Ini Tips Putihkan Gigi Kuning & Berkarat Secara Semula Jadi

Baca Artikel Berkaitan: Gigi Anak Rosak Dan Tak Cantik? Doktor Kongsi Bagaimana Berlaku & Cara Hindari Karies Botol Susu [Video]

Tompokan Putih Pada Gigi Berpunca Daripada Pengambilan Ubat Gigi Yang Banyak

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@tomato_012) apabila seorang doktor gigi dikenali sebagai Dr Habib berkongsi tentang keadaan gigi seseorang. Menurutnya, sesetengah pesakit yang dirawat mempunyai masalah ‘Fluorosis’ iaitu tompokan warna putih pada bahagaian gigi.

Menurutnya, keadaan itu berlaku apabila anda menelan ubat gigi dengan kandungan fluorida yang begitu tinggi. Namun Dr Habib menjelaskan bahawa situasi itu hanya berlaku kepada gigi yang baru nak tumbuh sahaja iaitu di kalangan golongan kanak-kanak.

Sumber: McTech Dental Lab

“Kalau yang umur 20 lebih, gigi semua dah tumbuh macam ni, kau telan la (fluorida) banyak mana pun, tak jadi apa-apa. Mungkin sakit perutlah.

“Jadi kena guna gigi yang tak ada fluorida ke untuk budak-budak? Tidak, (kanak-kanak) masih perlu gunakan ubat gigi yang ada fluorida sebab fluorida ni kuatkan gigi,” katanya.

Jumlah Ubat Gigi Yang Wajar Digunakan Oleh Golongan Kanak-kanak & Dewasa

Langkah mencegah daripada berlakunya masalah Fluorosis ini adalah dengan mengawal berapa banyak ubat gigi yang digunakan dalam satu masa.

“Awak janganlah letak ubat gigi sepanjang berus macam ni. Nombor satu membazir, kedua tak berguna, ketiga apa ni membazir ikut amalan syaitan,” kata Dr Habib.

Berikut adalah jumlah ubat gigi yang diperlukan mengikut kategori umur:

  • 0-3 tahun: Secalit ubat gigi (smear)
  • 3-6 tahun (kanak-kanak): Saiz kacang pea
  • Dewasa: Saiz kacang pea
Sumber: TikTok (@tomato_012)

“Jangan guna banyak-banyak. Itu sebab orang beli ubat gigi tahan empat ke lima bulan. Awak pergi beli ubat gigi sebulan dah habis. Dari segi kesihatan, memang kita kena belajar supaya kita boleh jimat duit,” kata Dr Habib di akhir perkongsian.

@tomato_012 Replying to @Vanilla Fried Ice Cream bende2 camni kene tau gengg..barulah jimat duit🫢 #dentist #ubatgigi #dentalstudent #whitening #fluorosis ♬ Sempurna – ilham

Tonton video [DI SINI].

Cara Pilih Ubat Gigi Terbaik Mengikut Keadaan Gigi

Seperti yang diperjelaskan doktor itu, jenis ubat gigi yang mengandungi kandungan fluorida adalah penting untuk menguatkan gigi.

Oleh itu, cara yang betul untuk membeli jenis ubat gigi terbaik di pasaran adalah dengan memerhatikan label di belakang kotak.

Menurut seorang lagi doktor gigi dikenali sebagai Dr Dee, anda disarankan untuk membeli ubat gigi dengan kandungan ‘Fluorida 1,000 PPM‘. Fluorida ini juga dikatakan boleh mengelakkan gigi daripada masalah berlubang.

Sumber: Pexels

Buat mereka yang mengalami masalah gigi sensitif seperti rasa ngilu akibat pengambilan makanan sejuk, anda harus menggunakan ubat gigi yang mengandungi ‘Stannous Fluorida’.

Ulas Dr Deen, Stannous Fluorida berfungsi untuk mengurangkan sensitiviti gigi seseorang.

@ddeeeeeennnn

Beli ubat gigi pun kena ada skill

♬ original sound – Dr Deen – Dr Deen

Tonton video [DI SINI].

Baca Artikel Berkaitan: Tips Elak Berus Gigi Jadi Sarang Kuman

Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Gigi Anak Boleh Rosak Sebab Minum Susu?

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Gigi Perjelas Mitos Cuci Gigi Yang Ramai Salah Faham

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.