fbpx
Now Reading
Ini Kelebihan & Amalan Umum Ketika Malam Nisfu Syaaban

Ini Kelebihan & Amalan Umum Ketika Malam Nisfu Syaaban

Meskipun tiada amalan berbentuk khusus, namun ada banyak amalan bersifat umum yang sering diamalkan dan boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Malam ini, akan datangnya satu malam yang amat penting bagi umat Islam di seluruh dunia iaitu malam Nisfu Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban dikatakan mempunyai banyak kelebihannya berbanding pada malam-malam yang lain dalam Islam.

Secara umumnya, malam istimewa ini penuh keberkatan dan rahmat.

Menurut laman Dr Zulkifli Al Bakri, malam Nisfu Syaaban mempunyai kelebihan bila mana padanya terdapat keampunan serta penerimaan yang khusus bagi mereka yang memohon keampunan dan berdoa kepada Allah SWT.

Ustaz Wadi Annuar kongsi kelebihan malam Nisfu Syaaban

Penndakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar juga tidak terkecuali apabila berkongsi tentang kelebihan malam tersebut mengikut hadis sahih.

Menerusi hantaran video di TikTok rasminya, beliau berkata kelompok terbaik umat Nabi Muhammad SAW iaitu Salafussoleh telah menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakan ibadat serta doa.

Secara ringkasnya, golongan Salafussoleh atau salaf al-Soleh adalah kelompok sahabat Rasulullah SAW dan juga kelompok tabiin iaitu golongan Islam awal yang bersahabat dengan sahabat Baginda selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW.

Bulan Syaban antara bulan yang banyak Nabi Muhammad berpuasa

Menurut Ustaz Wadi, malah isteri Baginda iaitu Saidatina Aisyah R.A juga pernah berkata bulan Syaban juga merupakan salah satu bulan dari 12 bulan Islam di mana Rasullah paling banyak berpuasa.

“Antara salaf yang perbanyakan ibadat dengan berlumba-lumba, antaranya ialah Imam Makhul, Khalid bin Ma’dan dan lain-lain.

“Imam Syafie kata ada lima malam mustajab doa, malam raya Aidilfitri, malam raya Aidiladha, malam Jumaat, malam hari pertama Rejab dan malam Nisfu Syaaban,” katanya.

Ustaz Wadi saran umat Islam perbanyakan ibadah dan doa

Susulan itu, Ustaz Wadi menyarankan kepada semua umat Islam agar memperbanyakan doa kepada Allah SWT pada malam tersebut.

Menurutnya lagi, dalam satu sanad hadis yang sahih, Allah SWT melihat kepada semua hambaNya kemudian Allah mengampunkan dosa pada Nisfu Syaaban kecuali mereka yang bermusuhan.

@ustazwadiannuarofficial

Malam Agung Nisfu Syaaban | Ustaz Wadi Annuar. Jom sebarkan, semoga umat Nabi ‎ﷺ mendapat manfaat. #ustazwadiannuar #dakwah #islam #nisfusyaban #aswj #sunnah #ceramah

♬ ENIGMA ENERGY – LOUNES

Amalan umum yang boleh dibuat pada malam Nisfu Syaaban

Persoalannya apakah amalan yang dapat menghidupkan malam Nisfu Syabaan ini?

Meskipun tiada amalan berbentuk khusus, namun antara amalan bersifat umum yang sering diamalkan dan boleh dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban iaitu:

#1 Membaca Surah Yasin 3 Kali Selepas Solat Maghrib

Yasin Pertama: Berniat agar diberikan umur yang diberkati dan tetap taat kepada Allah.
Yasin Kedua: Berniat agar dikurniakan rezeki yang halal, baik, mencukupi, dan penuh keberkatan.
Yasin Ketiga: Berniat agar diberikan ketetapan iman dan Islam hingga akhir hayat dalam keadaan husnul khatimah.

#2 Memperbanyakkan Zikir & Doa

  • Istighfar (Astaghfirullah)
  • Tahmid & Takbir (Alhamdulillah & Allahu Akbar)
  • Selawat Nabi
  • Zikir & doa lain mengikut hajat masing-masing

#3 Membaca Doa Setiap Kali Selepas Membaca Yasin

#4 Buat Solat Sunat Mutlak

Melaksanakan Solat-Solat Sunat Mutlak termasuk Qiyamullail di sepertiga malam terakhir antaranya:

  • Solat Sunat Taubat
  • Solat Sunat Tahajjud
  • Solat Sunat Hajat
  • Solat Sunat Witir

#5 Bersedekah

#6 Membaca Al-Quran

Walaupun tiada amalan wajib pada malam Nisfu Sya’ban, namun menghidupkan malam istimewa ini tergolong dalam kategori perkara-perkara sunat.

Semoga malam Nisfu Sya’ban ini menjadi malam yang penuh keberkatan dan doa-doa kita diterima oleh Allah SWT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.