
Murid Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April 2025, Ini Panduan Pemakaian Untuk Rujukan Ibu Bapa
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang itu untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan pelajar.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak dahulu lagi, setiap pelajar perlu memakai lencana sekolah dan juga tag nama bagi melambangkan institusi pendidikan dan identiti diri masing-masing.
Ada yang ditetapkan pada tudung, dan ada juga pada baju seragam sahaja. Ini termasuklah pelajar aliran pagi dan juga petang di setiap sekolah rendah mahupun sekolah menengah.
Namun Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini (27 Mac) mengumumkan sedikit penambahbaikan lencana pada pakaian seragam pelajar.
Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Pada Baju Seragam Mulai 21 April Ini
KPM menerusi satu Surat Pekeliling berkata mereka akan melaksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di institusi pendidikan bawah kelolaannya berkuat kuasa 21 April 2025 secara berperingkat.
Inisiatif ini bertujuan untuk memupuk semangat patriotisma dan cinta akan negara dalam kalangan murid dan warga pendidik.

Antara objektif lain lencana ini adalah bagi menyemai perpaduan, menonjolkan identiti kebangsaan, mewujudkan sikap tanggungjawab dan disiplin serta tanda penghormatan kepada negara.
Untuk info, pemakaian lencana Jalur Gemilang itu ditetapkan untuk setiap institusi berikut:
- Sekolah kerajaan
- Sekolah bantuan kerajaan
- Kolej Matrikulasi
- Institusi Pendidikan Guru Malaysia
“Inisiatif ini bertepatan dengan fungsi institusi pendidikan untuk menyemai rasa cinta akan negara dan menyuburkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda,” tambah kenyataan itu.

2 Unit Lencana Jalur Gemilang Akan Diberi Secara Percuma
Dalam pada itu, ibu bapa tidak perlu risau kerana KPM akan membekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma buat semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.
Mengulas lanjut, KPM juga menyediakan Garis Panduan Pemakaian Lencana Jalur Gemilang pada Pakaian Seragam Murid di Institusi Pendidikan bawah KPM, yang disertakan bersama-sama Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/2025 sebagai panduan tentang tatacara pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid.
Di sini kami kongsikan spesifikasi lencana Jalur Gemilang yang ditetapkan KPM:
- Ukuran: 5 cm panjang/2.5 cm lebar
- Material: Plastik, ‘top exposy emboss’
- Kualiti: Plastik ABS dan plat keluli

Panduan Pemakaian Sekolah Kebangsaan & Kolej Vokasional
Berikut pula adalah panduan pemakaian lencana Jalur Gemilang bagi pelajar sekolah kebangsaan dan murid Kolej Vokasional:








Orang Ramai Beri Pelbagai Reaksi Tentang Pemakaian Lencana Jalur Gemilang
Pengumuman ini nyata mendapat perhatian ramai selepas warganet memberikan pelbagai reaksi di platform media sosial.
Ramai menganggap ini usaha yang bagus bagi mendidik anak-anak untuk menanam perasaan cinta terhadap negara.
“Alhamdulillah, cinta akan negara perlu dipupuk dengan lebih padu di bangku sekolah,” kata seorang lelaki.
Malah, ada yang berkata pemakaian lencana Jalur Gemilang pada baju seragam itu membuatkan para pelajar lebih cakna dengan warna dan rupa bendera Malaysia.
“Okay la tu. Kadangkala budak-budak ni warna bendera pun tak cakna. Ni kalau tiap-tiap hari tengok, alert la sikit,” ujar seorang pengguna Facebook.
Sementara itu, ada netizen yang berkata para pelajar akan lebih menghormati dan menjaga pakaian seragam dengan baik selepas ini.





KPM laksanakan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid, setiap murid dibekalkan dua lencana percuma #digitalbernamatv #KementerianPendidikan #jalurgemilang #lencana pic.twitter.com/tXfsUWp6Eg
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) March 27, 2025
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Nyanyi Lagu ‘Sejahtera Malaysia’ Sempena Hari Kebangsaan Buat Ramai Terpukau