fbpx
Now Reading
Doktor Dedah Suhu Aircond Rendah Bahaya Untuk Penghidap Asma [Video]

Doktor Dedah Suhu Aircond Rendah Bahaya Untuk Penghidap Asma [Video]

Bukan sahaja serangan asma, doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong juga berkata penggunaan penghawa dingin yang tidak terkawal boleh menyebabkan sesak nafas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui, suhu dan cuaca di Malaysia ini amat panas lebih-lebih lagi apabila sudah tiba musimnya. Sampaikan ramai yang sanggup terperap di dalam rumah kerana tidak mahu berdepan dengan bahang.

Bahkan, pengguna media sosial sebelum ini turut memberi cadangan kepada orang ramai untuk menjadikan penghawa dingin sebagai salah satu hantaran kahwin.

Barangan eletrik itu dikatakan mampu mengurangkan tekanan hidup mereka yang berumahtangga. Namun, aircond ini juga mempunyai keburukannya tersendiri jika tidak dikawal penggunaannya.

Baca Artikel Berkaitan: Cuaca Semakin Panas, Netizen Beri Cadangan Bagi Aircond Sebagai Hantaran Kahwin

Baca Artikel Berkaitan: [Video] 2 Lelaki Jatuh Tangga Akibat Pemampat ‘Aircond’ Terlepas Dari Tangan Undang Perhatian

Baca Artikel Berkaitan: “Sampai Malam Tak Siap Kerja” – 2 Lelaki Dikejar Angsa Ketika Nak Service Aircond Bikin Ramai Terhibur

Penghawa Dingin Boleh Mudaratkan Kesihatan Individu

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang doktor kesihatan dikenali sebagai Dr Kenneth Wong (@dr.kennethwongcf) berkongsi fakta mengenai penghawa dingin.

Menurut beliau, penggunaan teknologi itu pada setiap malam semasa tidur sememangnya boleh mengundang risiko sesak nafas, batuk berpanjangan dan lebih parah lagi serangan asma.

Sumber: Freepik

Hal ini berlaku sekiranya individu menetapkan suhu yang terlalu rendah dan sejuk.

“Udara yang keluar daripada aircond adalah sangat sejuk. Ia boleh merangsang saluran pernafasan dan menyempitkannya, lalu menyebabkan sesak nafas serta nafas berbunyi.

“Udara ini bukan sahaja sejuk tetapi sangat kering. Udara kering boleh menyebabkan saluran pernafasan juga jadi kering dan menyukarkan lendir yang dihasilkan oleh asma keluar,” kata Dr Kenneth.

Perlu Kawal Suhu Jika Ingin Guna Penghawa Dingin

Bukan itu sahaja, udara dari penghawa dingin yang berada di dalam bilik boleh memerangkap hama, habuk serta bulu-bulu haiwan peliharaan yang akhirnya membawa kepada serangan asma.

Sumber: Recommend.my

“Nak tidur pasang aircond boleh tetapi mesti kawal suhu dengan baik dan pastikan penapis penghawa dingin sentiasa dibersihkan kerana mereka yang ada asma paru-parunya lebih sensitif,” tambah beliau di akhir perkongsian.

@dr.kennethwongcf Tidur aircond! Sejuk dan Sesak Nafas Asma! #drkenneth #doktortiktok #fyp #sejukaircond #udarasejuk #udarakering #asthma ♬ original sound – Dr Kenneth Wong

Tonton video penuh [DI SINI].

Penghidap Asma Alami Masalah Jika Guna Aircond Di Rumah

Menjengah ke ruangan komen, segelintir penghidap asma turut bersetuju dengan perkongsian Dr Kenneth.

“Saya asma, suhu aircond letak 24 Celsius je. Saya siap sedia air kosong dan tisu tepi katil sebab kadangkala terjaga batuk berkahak. Tapi kalau panas, lagi tak boleh tidur,” ujar seorang pengguna TikTok.

Malah ada juga individu yang berkongsi pengalamannya menggunakan penghawa dingin yang dipercayai tidak diselenggara di sebuah hotel.

“Saya tidur dengan pasang aircond dekat hotel. Nasib sehari je. Sampai luka kerongkong saya, terjaga terus rasa takut nak tidur balik,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@dr.kennethwongcf)

Bahaya Dedahkan Bayi Dengan Aircond Yang Tidak Diservis

Memetik Hello Doktor, penghawa dingin yang sudah lama tidak diservis juga boleh membahayakan golongan bayi. Hal ini kerana, bakteria dan fungi boleh membiak di dalam penapis aircond tersebut.

Oleh disebabkan itu, penapis pendingin hawa anda perlu dibersihkan secara manual sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Tetapi untuk pembersihan yang lebih berkualiti dan optimum, pastikan anda panggil seseorang yang pakar.

Sumber: Sleeping baby

Cara Servis Aircond Sendiri Di Rumah

Walaupun bajet anda tidak mencukupi, aircond di rumah tetap perlu diservis. Tidak semestinya dengan pertolongan profesional, anda juga boleh servis sendiri penghawa dingin secara manual.

Pertama sekali, pastikan suis aircond ditutup atau plug dicabut jika ada. Seterusnya, buka penutup aircond dan keluarkan filter yang berada di hadapannya.

Semburkan ‘aircond cleaner’ ke bahagian dalam iaitu ‘cooling fins’ atau ‘cooling coils’ aircond. Kemudian biarkannya selama 10 minit.

Sumber: Recommend.my

Filter aircond pula boleh dicuci bagi menghilangkan sebarang debu dan kotoran yang melekat padanya.

Selepas 10 minit atau setelah filter betul-betul kering, pasang semula aircond seperti biasa. ‘Cooling coils’ tidak perlu dicuci kerana kotoran akan keluar dengan sendiri melalui paip di belakang aircond.

Baca Artikel Berkaitan: Bil Elektrik Tinggi Kerana Guna Aircond? Ini 5 Cara Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.