fbpx
Now Reading
Lelaki Berusia 92 Tahun, Nyanyikan Lagu Untuk Isterinya Yang Sedang Nazak

Lelaki Berusia 92 Tahun, Nyanyikan Lagu Untuk Isterinya Yang Sedang Nazak

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

 

Seorang warga emas  menyanyikan lagu cinta yang sangat menyayat hati bagi siapa sahaja yang mendengarnya. Lagu itu dipersembahkan untuk isterinya yang sedang nazak.

Warga emas  berusia 92 tahun bernama Howard itu menyanyikan lagu cinta bertajuk”You’ll Never Know” kepada isterinya Laura, 93 yang kelihatan sedang terbaring akibat tidak bermaya. Dia menyanyi sebagai bukti tanda cintanya yang tidak pernah lekang oleh waktu.

Dulu, Laura juga pernah menyanyikan lagu dengan judul yang sama kepada Howard ketika suaminya itu hendak pergi berjuang ketika Perang Dunia II.

Lagu tersebut dinyanyikan Laura sebagai pendorong semangat kepada Howard dan untuk menunjukkan betapa pentingnya diri Howard dalam hidupnya.

Rakaman yang menunjukkan pasangan sejati itu menyanyi bersama-sama dimuatnaik oleh cucunya, Erin Solari ke akaun Facebook peribadi.

Solari memberitahu  bahawa nenek dan atuknya sudah mendirikan rumahtangga selama 73 tahun. Ketika melihat isterinya sudah hampir nazak, suaminya mula menyanyikan lagu cinta mereka berdua.

Lagu yang dinyanyikan pasangan sejati itu merupakan lagu yang pernah dipopularkan oleh mendiang Alice Faye pada tahun 1943, ketika Perang Dunia ke II sedang tercetus.

Berikut di bawah ini adalah video ketika Howard menyanyikan lagu  untuk isteri tercintanya.

 

Sumber dari metro.co.uk

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.