fbpx
Now Reading
Gadis Down Syndrome Ingin Tempa Nama Dalam Dunia Modeling

Gadis Down Syndrome Ingin Tempa Nama Dalam Dunia Modeling

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sumber: cosmopolitan.com

Madeline Stuart gadis berusia 18 tahun yang suka menari, bermain sukan dan juga membuat persembahan di hadapan penonton berdasarkan laman Facebooknya. Gadis ini juga merupakan seorang gadis yang bercita-cita menjadi model walaupun beliau seorang gadis down syndrome.

Beliau berharap untuk mengikut jejak langkah pelakon cerita seram Amerika, Jamie Brewer yang pada awal tahun ini menjadi orang pertama dengan down syndrome yang pernah berjalan di New York Fashion Week.

Stuart berharap modeling akan membantu cara masyarakat melihat orang dengan down syndrome dan pendedahan akan membantu mewujudkan penerimaan dalam masyarakat dalam kehidupan.

Beliau dan ibunya Rosanne yang membantu menjalankan Facebook Madeline itu percaya bahawa mereka benar-benar boleh mencapai matlamat tersebut.

 

Walaupun Facebook dan Instagramnya baru sahaja beroperasi awal bulan ini tetapi Stuart sudah ada 100, 000 pengikut. Respon dan komen daripada peminatnya juga sangat memberansangkan.

Ibu Stuart memberitahu semasa Stuart masih kecil, masyarakat akan melihat kepadanya dan berkata yang beliau tak sepatutnya berada di khalayak umum. Doktor juga pernah bercakap kepada ibunya yang Stuart tak akan berjaya walau apa bidang yang diceburinya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.