Now Reading
Lafaz Akad Tiga Kali, Acap Kristal Lega Bergelar Suami

Lafaz Akad Tiga Kali, Acap Kristal Lega Bergelar Suami

Pemain drum kumpulan Kristal, Acap, akui tidak akan melupakan pengalaman melafaz tiga kali akad nikah sebelum bergelar suami kepada Siti Aishah Mohamad Zakaria, 24.

Acap atau nama sebenarnya, Muhd Nur Asraf Baharuddin, 24, dinikahkan pada 10 pagi oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Daerah Bandaraya Georgetown, Manshor Taib di Masjid Negeri, di Georgetown, pagi Jumaat.

Sambil disaksikan ahli keluarga kedua-dua belah pihak, Acap menyerahkan mas kahwin RM200 dengan sebentuk cincin bersama hantaran RM15,000 dengan lima berbalas tujuh dulang hantaran.

Acap ketika ditemui melahirkan rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan pernikahannya walaupun ada sedikit perasaan gementar.

“Alhamdulillah saya kini sudah mempunyai tanggungjawab baru dengan menjadi suami dan mengharapkan agar perkahwinan ini kekal hingga ke jannah,” katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.

Bagi Siti Aishah pula, sifat kelakar yang ada pada suaminya antara tarikan istimewa selain Acap adalah seorang yang sentiasa bersabar dan comel.

Menurutnya, keunikan mereka berdua adalah cukup meminati masakan kari selain saling memahami antara satu sama lain sejak berkenalan pada tahun 2013.

Katanya, selepas empat tahun menyulam cinta, akhirnya pada Oktober lalu pihak keluarga suami datang merisik dan mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan.

“Kini kami berdua sudah berada di fasa yang baru. Saya berdoa kepada Allah agar jodoh dan mahligai yang dibina ini kekal hingga ke jannah selain dikurniakan zuriat yang comel.

“Mengenai perancangan bulan madu kami masih lagi mencari lokasi menarik dan berhajat akan pergi ke sebuah pulau impian di luar negara,” katanya.

Sumber: Harian Metro

View Comments (0)

Leave a Reply

Your email address will not be published.

© 2021 BuzzKini. All Rights Reserved.