fbpx

Anak Malaysia Pertama Lancar Satelit Nasa Bermula Dengan Hanya Cuci Kaca Mikroskop

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka wanita Islam yang masih muda sudah melancarkan satelit Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (Nasa) ke angkasa lepas pada April 2014. Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim menjadi kebanggaan Malaysia apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang terlibat dalam misi tersebut.

Disebalik kejayaan beliau, terdapat cerita yang tidak dicoretkan bersama.

Beliau mula bekerja di Nasa dengan hanya sebagai pencuci kaca slaid tetapi tetapi kerja itulah yang membawa dia menuju kejayaan.

“Saya bekerja di makmal kerana saya mahu belajar. Tapi kerana saya menunjukkan prestasi yang bagus, mereka mula mengambil saya sebagai pekerja dan diberi peluang keemasan berkenaan.”

Ketika hanya berusia 36 tahun, Dr Wan Wardatul mengetuai sekumpulan 28 saintis, pakar teknologi dan jurutera untuk mengkaji program astrobiologi pertama di agensi itu. Program berkenaan membuat kajian terperinci untuk menyelidik bagaimana respon sel hidupan apabila berdepan kekurangan graviti.

Projek itu kemudiannya melancarkan satelit nano dan roket SpaceX sebagai sebahagian perjalanan Nasa untuk misi menakluk planet Marikh.

Namun, beliau kembali ke tanah air pada hujung 2014 untuk membina mesin ringkas bagi disumbangkan kembali kepada komuniti. Beliau telah membangunkan alat pengesan bagi mengenalpasti sample air untuk mengesan bakteria berbahaya. Alat ini berguna apabila banjir melanda.

Selain itu, pihaknya bersama pasukan kini mencipta alat pemantau glukosa darah yang boleh diguna semula dan dijual pada harga berpatutan.

“Saya boleh dapatkan kerja di Nasa dengan senang, tapi saya mahu selesaikan ‘masalah sebenar’. Bukan saya tak cukup selesaikan masalah di Amerika Syarikat tetapi di sana mereka mempunyai ramai yang boleh berbuat demikian di sana.”

“Saya rasa saya boleh merungkai permasalah yang terjadi dalam masyarakat Malaysia.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.