fbpx
Now Reading
Berjaya Buka 30 Stesen Shell Di India, ‘Big Boss Shell’ Bukan Calang-Calang Orang

Berjaya Buka 30 Stesen Shell Di India, ‘Big Boss Shell’ Bukan Calang-Calang Orang

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini viral beberapa keping foto ‘Big Boss’ Shell Malaysia yang dilaporkan turun untuk bertemu dengan seorang pekerja mudanya yang menjadi perhatian netizen kerana mengenakan pakaian syarikat berkenaan ketika mengambil keputusan SPM.

Namun di sebalik gelarannya sebagai ‘Big boss’ Shell, ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau, Shairan Huzani Husain merupakan Pengarah Urusan Shell Malaysia semenjak tahun 2016.

Memetik Careta.my, walaupun Shairan baru sahaja menjawat jawatan sebagai Pengarah Urusan Shell, dia bagaimanapun sudah menabur bakti pada syarikat minyak terkemuka dunia itu dari tahun 1993 lagi.

Memulakan kerjaya dengan Shell Chemical, sebuah syarikat kimia menghasilkan produk aerosol, Shelltox, yang juga anak syarikat milik Royal Dutch Shell, Shairan kemudiannya dihantar ke India sebagai usaha pihak syarikat untuk meluaskan empayar perniagaan mereka di negara asia tengah itu.

Yang menariknya nama di dalam lesen perniagaan Shell di India sehingga kini masih lagi menggunakan namanya.

“Pejabat pertama Royal Dutch Shell di India ialah sebuah bilik kecil di hotel Taj West End. Saya membeli empat kerusi, satu mesin faks dan meja yang saya pinjam dari hotel.”

“Dan itulah permulaan Shell di India. Sehingga kini, nama di dalam lesen perniagaan Shell di India masih mempunyai nama saya!

Tambah Shairan lagi, sepanjang empat tahun pertama berada di sana, dia dan pasukannya telah berjaya membuka 30 stesen minyak di negara itu sebelum dia memilih untuk pulang ke tanah air.

Ekoran dari kejayaannya mengendalikan Shell di India itu, ibu pejabat Shell kemudian menugaskan beliau pula untuk menjaga rangkaian stesen minyak syarikat itu di serata dunia.

“Walaupun saya ditempatkan di Malaysia, saya perlu terbang ke serata dunia untuk tugas itu.”

Selain mengemudi bahagian retail di India, Shairan sebelum itu pernah bekerja di beberapa bahagaian lain syarikat gergasi berkenaan seperti Corporate Finance, Forex Trading dan bahagian upstream di Miri.

Namun antara semua jawatan tersebut, dia mula ‘terpaut’ pada bahagian Retail selepas dia ditugaskan untuk menjaga stesen minyak Shell di Glenmarie, stesen pertama yang dikendalikannya.

“Saya pernah mencuci tandas di stesen tersebut pun,” kongsinya.

Dalam pada itu Shairan turut mendedahkan Shell amat mementingkan kemajuan kerjaya untuk pekerja-pekerja mereka yang turut berada di lapangan.

“Kami memanggil mereka sebagai site-heroes,” terang Shairan.

Disebabkan itu jugalah beliau memilih untuk turun bertemu dan memberikan hadiah kepada pekerjanya itu yang baru sahaja mengambil keputusan SPM baru-baru ini

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.