fbpx
Now Reading
Uncle Kentang Sedia Khidmat Bas Rombongan Kahwin Untuk Orang Puchong Serendah RM70

Uncle Kentang Sedia Khidmat Bas Rombongan Kahwin Untuk Orang Puchong Serendah RM70

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja nama Uncle Kentang, mesti semua orang kenalkan?

Uncle Kentang atau nama betulnya Kuan Chee Heng adalah seorang aktivis masyarakat yang kerap memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa mengira jurang bangsa mahupun agama

Jika sebelum ini Uncle Kentang mengejutkan orang ramai apabila dia menyediakan van ambulans dan jenazah buat golongan yang memerlukan, terbaru Uncle Kentang sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila dia dikhabarkan telah menambah satu lagi aktiviti kebajikannya , iaitu menawarkan perhidmatan sewaan bas serendah RM70 sahaja.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Uncle Kentang mengumumkan sewaan bas itu dikhususkan untuk kegunaan rombongan majlis perkahwinan bagi mana-mana bapa dan ibu tunggal yang ingin kembali berkahwin dan berkeluarga namun kurang berkemampuan.

“Saya offer bas RM70 sekali sewa kerana bayar bus driver dan belanjalah bus driver nasi minyak,” jelasnya mengenai bayaran RM70 tersebut.

Tawaran istimewa itu setakat ini hanya dibuka untuk mereka yang berada di Puchong yang betul-betul memerlukan khidmat dengan jarak perjalanan terhad dalam radius 50km sahaja.

Pengumum tersebut bukan sahaja menarik perhatian netizen malah ramai memuji niat murni yang dilakukan oleh Uncle Kentang itu.

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.