fbpx
Now Reading
Kisah 4 Orang Guru Yang Wajar Dijadikan Inspirasi Buat Semua

Kisah 4 Orang Guru Yang Wajar Dijadikan Inspirasi Buat Semua

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jatuh bangun sesebuah tamadun dan peradaban adalah bergantung kepada kecemerlangan sistem pendidikannya. Itu membuktikan betapa pentingnya peranan pendidik dalam sesebuah komuniti masyarakat.

Disebabkan itu, sebagai menghormati dan menghargai jasa para pendidik Mcdonalds Malaysia telah membawakan Anugerah Guru Inspirasi yang sudah ke memasuki edisi ke-4 tahun ini.

Bagi pencarian Anugerah Guru Inspirasi Mcdonald’s 2020, pencalonan telah pun dbuka bermula dari 20 Februari lalu sehingga 30 Mac 2020.

25 pemenang akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru.

Sepanjang tiga tahun penganjuran anugerah tersebut, franchise makanan segera itu telah pun menemui pelbagai guru dengan kisah inspirasi yang tersendiri.

Sebagai  menghargai jasa mereka disini kami senaraikan empat dari kesemua guru yang pernah mendapat pengiktirafan anugerah berkenaan berserta kisah menarik mereka :

#1 Cikgu Mohd Farez Bin Atan (SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur)

Cikgu Farez, seorang pendidik yang berpegang pada satu prinsip; resepi kejayaan adalah dari kasih sayang.

Tugasnya tidak tertumpu pada dalam kelas sahaja, malah boleh dikatakan setiap hari dia akan berjumpa dengan pelbagai kes.

Cikgu Farez bin Atan yang mengajar di SMK Bandar Baru Sentul telah mengambil inisiatif sendiri dengan membantu pelajar-pelajar yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan bahan haram untuk kembali ke sekolah.

Hasilnya , dia berjaya membantu 41 orang pelajar kembali ke sekolah dan dalam masa sama sudah mengambil 20 anak anak angkat bagi memudahkan urusan mereka bersekolah.

Selain itu Cikgu Farez berjaya mewujudkan program bantuan makanan dengan dana melebihi rm30ribu yang dicarinya sendiri, kemudian menubuhkan tabung kebajikan untuk kes-kes kecemasan pelajar seperti bahan keperluan asas di rumah yang terputus serta yuran PIBG

#2 Sir Soonufat A/L Supramaniam(SMK Lubok Buntar, Serdang, Kedah)

Cikgu Soonufat atau lebih mesra dengan panggil Sir Soon dari SMK Lubok Buntar Serdang Kedah merupakan kacukan Cina, India dan Thailand.

Mengajar matapelajaran , Sir Soon Bahasa Inggeris mempunyai pandangan dan inpirasi jauh dalam bidang pendidikan.

Dia juga percaya tidak patut wujud sebarang jurang antara pelajar dan pengajar, semua orang berhak mendapat pendidikan, peluang, pendedahan, nilai, hak dan keadilan yang sama. 

Antara kejaya beliau ialah melancarkan satu projek yang diberi nama “Find Your Light”., projek yang memberi peluang kepada pelajar-pelajarnya untuk membina keberanian dan keyakinan dalam diri melalui seni persembahan.

Projek tersebut telah dipersembahkan di Penang Georgetown Festival dan di Penang Pac. Antara persembahan terbesarnya melalui projek ini adalah teater berkaitan anti-buli bertajuk “Sing To The Lions”. Persembahan itu telah disertai oleh pelajar dari 5 sekolah yang berbeza dan 6 persembahan telah dipersembahkan di hadapan 600 penonton.

#3 Madam Wong (SMK Tumpat, Kelantan)

Seorang lagi guru subjek Bahasa Inggeris yang berada dalam senarai. Madam Wong, atau nama penuhnya Wong Lieat Hiong ini menerima pencalonan daripada pelajarnya sendiri, Fatin.

Madam Wong bukan setakat cikgu kepada Fatin, sebaliknya dia adalah ‘tuan rumah’ atau boleh dikategorian penjaga buat anak itu selama dua tahun.

Semuanya bermula apabila keluarga Fatin terpaksa berpindah satu tempat yang baru, Fatin tanpa sebarang alternatif lain terpaksa mengikuti mereka dan dan berpindah ke sekolah yang baru.

Dia bagaimanapun, gagal menyesuaikan diri di tempat baru. Dari situ, Madam Wong telah bersetuju untuk membenarkan Fatin tinggal bersamanya sehingga tamat persekolahan.

Yang menariknya, walau berbeza agama dan budaya mereka langsung tidak merasa janggal malah pada Fatin, Madam Wong menjaganya seperti anak perempuannya sendiri.

#4 Cikgu Mohd Azri Bin Elias  (SMK Jelutong, Pulau Pinang)

Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai guru pendidikan khas. Namun semuanya tidak buat Mohd Azri Bin Elias atau lebih mesra dipanggil Cikgu Azri.

Dia yang sudah pun bertugas lebih dari 10 tahun dalam bidang pendidikan khas sentiasa optimis dalam berhadapan dengan tingkah laku pelajar-pelajarnya. Segalanya dihadapi dengan penuh sabar dengan niat membimbing mereka menyebabkan beliau dikagumi oleh rakan sejawatnya.

Malah Cikgu Azri sendiri membuktikan bahawa guru pendidikan khas juga mempunyai cita-cita dan wawasan demi memajukan bidang pendidikan khas.

Sekecil-kecil perkara pun boleh menjadi sesuatu yang sangat menggembirakan jika kita tahu menghargainya.

Senaraikan cikgu inspirasi anda

Selain mereka terdapat ramai lagi para pendidik yang turut layak mendapat pengiktiran sebegini antaranya kisah Cikgu Malim Longkunggongon yang menjadi viral kerana memikul peti ais seberat 40 kg sejauh 10 KM atau kisah Cikgu Samuel yang banyak berbakti sehingga menjadi kegemaran anak murid di SK Runchang, Muadzam.

Malah kisah Cikgu Fadhli Salleh yang bukan hanya mendidik malah banyak menyumbangkan bakti kepada masyarakat setempat terutamanya mereka yang bergelar asnaf, yatim, kurang berkemampuan, kurang upaya dan sebagainya juga patut dijadikan contoh.

Jadi buat mereka yang merasakan mereka megenali guru yang sedemikan apa kata ambil masa anda sebentar untuk mencalonkan guru anda yang pada anda layak dan wajar diberikan Anugerah Guru Inspirasi di sini .

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.