“Orang Malaysia Semua Baik-Baik” – Tindakan Pemuda Ini Bantu Warga Emas Lintas Jalan Dapat Pujian Netizen

Rakyat Malaysia sememangnya terkenal terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin. Semua ini dapat kita saksikan melalui sama ada melalui perkongsian di media sosial atau pun yang terjadi di hadapan mata kita sendiri.

Terbaru seorang pengguna Twitter, Nazreensary memuat naik satu video rakaman dashcam yang memperlihatan seorang lelaki dengan santai turun dari motornya untuk membantu seorang warga emas melintas jalan.

“Orang Malaysia semua baik-baik”

Kejadian tersebut difahamkan dirakam di sebuah kawasan di Bayan Baru, Pulau Pinang menarik perhatian pengguna Twitter

Menerusi video berdurasi 52 saat tersebut, pemuda yang menunggang motorsikal jenis KTM Duke itu pada mulanya dilihat sedang berhenti menunggu lampu isyarat merah bersama kenderaan lain

Dalam masa yang sama, dihadapannya terdapat seorang warga emas yang dilihat sedang berdiri menunggu sambil menjenguk ke jalanraya seperti ingin melintas.

Merasakan yang warga emas itu memerlukan bantuan, pemuda itu terus menongkat motor nya sebelum mencapai tangan warga emas tersebut lalu memimpinnya melintasi jalan.

‘Small act, big impact”

Tindakan spontannya mendapat pujian netizen. Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih kepadanya dan menyifatkan perilakunya menunjukkan yang dia mempunyai akhlak yang tinggi. Tidak kurang juga yang turut mengambil kesempatan mendoakan kebaikan buat pemuda terbabit.

Video perkongsian Nazreensary itu sehingga kini sudah ditonton hampir 474,000 kali dan telah meraik  lebih 40k retweet.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

15 hours ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

15 hours ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

15 hours ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

16 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

17 hours ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

18 hours ago